Antarabangsa

Denmark Enggan Larang Berhijab Di Sekolah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DENMARK, 03 September 2022 – Lebih 55 peratus daripada rakyat Denmark tidak menyokong larangan memakai hijab di sekolah, lapor portal antarabangsa.

Menurut portal itu, hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh Voxmeter pada 29 Ogos hingga 1 September menunjukkan 56.1 peratus responden mengatakan ‘tidak’ kepada larangan hijab di sekolah.

Isu larangan memakai hijab itu menjadi hangat berikutan suruhanjaya lantikan kerajaan mencadangkan larangan pakaian agama di sekolah.

Namun, para pendidik serta dua ahli jawatankuasa suruhanjaya itu memberi maklum balas negatif dan menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan cadangan daripada suruhanjaya berkenaan.

Suruhanjaya yang dinamakan ‘Suruhanjaya Untuk Perjuangan Wanita Dilupakan’ itu menyarankan cadangan sedemikian bertujuan untuk memberi wanita minoriti kebebasan yang sama seperti wanita Denmark yang lain.

Menurut Open Society Foundations, penduduk Muslim di Denmark dianggarkan kira-kira 180,000 mewakili 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan bahawa majikan di blok itu boleh mengharamkan pemakaian yang bersimbolkan kepercayaan agama atau politik seperti hijab.

Keputusan ini dikeluarkan selepas dua wanita Jerman digantung kerja setelah mereka mula memakai hijab selepas kembali berkerja semula.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: