Antarabangsa

Di Ambang Perang: Presiden AS Gesa Rakyat ‘Lari’ Dari Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Februari 2022 – Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya yang masih berada di Ukraine untuk segera meninggalkan negara berkenaan, serta beliau memberi amaran risiko ‘perang dunia’ sekiranya pihak AS cuba untuk menyelamatkan rakyatnya dari Ukraine.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

Ketika ditanya apa yang akan mendesak Presiden tersebut untuk menghantar tentera AS bagi menyelamatkan rakyatnya dari Ukraine, beliau menegaskan:

“Tiada situasi yang akan mendesak (tentera AS untuk menyelamatkan rakyatnya). Perang dunia akan tercetus bila pihak Amerika dan Rusia mula saling tembak-menembak,” ujarnya dalam sebuah wawancara bersama NBC.

Menurut laman Twitter rasmi The Spectator Index, staf-staf kedutaan Rusia dan AS sudah mula ‘melarikan diri’ dari Ukraine kerana bimbang perang akan tercetus di negara tersebut.

Kerajaan Britain, New Zealand, Jerman dan beberapa negara lain turut memberikan amaran supaya rakyat mereka segera meninggalkan Ukraine, susulan kemaraan tentera Rusia baru-baru ini.

Peperangan yang mungkin akan tercetus di Ukraine melibatkan antara dua kuasa ketenteraan terbesar di dunia, AS dan Rusia.

Portal BBC melaporkan kerajaan AS sudah mengeluarkan amaran bahawa penaklukan Rusia ke atas Ukraine boleh tercetus ‘bila-bila masa’.

Kerajaan AS baru-baru ini telah menghantar seramai 1,700 orang tentera ke Ukraine, sebelum membuat keputusan untuk mengukuhkan lagi bilangan tersebut dengan tambahan 3,000 orang tentera.

Konflik Rusia-Ukraine ini sudah bermula semenjak 2014, namun ketegangan mula tercetus apabila pihak tentera Rusia mula mara menuju Ukraine, di mana kebanyakan pihak menyifatkannya sebagai sebuah langkah penaklukan ke atas negara Timur Eropah tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: