Tempatan

Komited Banteras Rasuah, PM Arahkan CEO GLC & GLIC Isytihar Harta Kepada SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 September 2022 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menetapkan agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuklah badan kehakiman untuk mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah.

Menurut beliau, keputusan itu telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) manakala perincian mengenai kod etika baharu itu pula bakal diumumkan oleh SPRM pada waktu yang belum diumumkan.

“JKKMAR juga memutuskan mekanisme perisytiharan harta Anggota Pentadbiran, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara oleh SPRM, akan diperkukuhkan lagi bagi memantapkan kredibiliti serta integriti pentadbiran Kerajaan,” jelas beliau pada Isnin.

Bukan itu sahaja, satu kod etika baharu turut akan diperkenalkan untuk Ahli Parlimen dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) di mana ia akan akan mengekalkan prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif dan legislatif.

Bagaimanapun, Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen sedia ada akan dipinda serta ditambahbaik.

Justeru, beliau mengatakan bahawa pihak Kerajaan sentiasa komited dalam mempertingkatkan serta memperkasa nilai integriti dan ketelusan tadbir urus negara dari semasa ke semasa dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan sebelum ini pernah berkata, rasuah perlu dibendung sebelum ia menjadi wabak yang sekali gus menjadikannya sebagai sebuah kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: