Sokongan Terhadap Biden Menjunam Teruk
AMERIKA SYARIKAT, 09 Disember 2023 – Rating penerimaan bagi Presiden Amerika Syarikat (AS) kini menjunam teruk sebagaimana yang telah dilaporkan oleh CNN pada Rabu lalu. Fakta tersebut adalah berdasarkan undian yang telah dilakukan selama sebulan oleh CNN.
Keputusan undian menunjukkan bahawa hanya 37 peratus daripada warga AS yang memandang gerak kerja serta prestasi Demokrat sebagai memuaskan.
Manakala rating penerimaan terhadap Trump pula telah menjunam secara mendadak sejak Disember tahun lalu berikutan kaedah beliau dalam menguruskan hal ekonomi, yang mana ketidakpuasan tentang perkara yang sama juga turut diluahkan oleh ahli parti beliau sendiri.
Keputusan undian itu menzahirkan sikap pesimistik para responden secara keseluruhan, berkenaan dengan masa depan kewangan negara tersebut.
Hanya sekitar 29 peratus sahaja daripada responden yang melihat keadaan ekonomi negara itu kini sedang dalam keadaan “baik” atau “sangat baik”.
Bahkan dalam kalangan penyokong Demokrat, hanya 52 peratus daripada mereka yang memberi rating positif terhadap ekonomi yang mana mereka dapat melihat kebaikan daripada ‘Bidenomics’.
Jika Biden masih menjadi pilihan sebagai presiden bagi penggal kedua, beliau akan berusia 86 tahun pada penghujung penggal tersebut.