Antarabangsa

Biden Dah Gila: Trump

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Ogos 2023 – Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menghentam Joe Biden dengan menyifatkan presiden terkini AS itu sebagai gila dan tidak cekap menerusi ucapannya pada Khamis lalu.

Dalam ucapan yang dibuat pada platform Truth Social, Trump turut menyatakan bahawa polisi-polisi yang dibuat oleh ahli politik Demokrat telah mengakibatkan negara tersebut hampir dengan kemusnahan.

BACA JUGA: Positif Covid Boleh Keluar Mengundi Bersyarat – KKM

BACA JUGA: KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan LGBT Pada Jam Swatch

BACA JUGA: Orang Luar Tabie Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

Ujarnya, “Joe Biden, yang tidak mampu untuk menghubungkan dua perkataan pun, telah membuat negara kita ini menjadi malapetaka menerusi pendekatan pembukaan sempadan”.

Dalam kenyataan yang sama Trump turut menyifatkan tindakan membuka sempadan yang dilakukan Biden itu sebagai kesalahan terbesar dan paling teruk yang pernah dilakukan dalam sepanjang sejarah negara tersebut.

Selain itu, Trump turut menyifatkan Biden sebagai seorang yang memiliki IQ yang rendah menerusi kenyataannya,

“Negara kita sekarang sedang dimusnahkan oleh seorang lelaki yang mempunyai idea dan IQ seperti budak darjah satu.”

Trump seterusnya menyifatkan lawan politiknya itu sebagai “bukan saja bodoh dan tidak berkelayakan”, malah menyatakan bahawa Biden “telah jadi gila, dah jadi seorang gila yang meracau.”

Biden telah membatalkan polisi yang dibuat Trump dan telah membenarkan kemasukan orang asing ke dalam negara tersebut. Menurut data daripada Federation of American Immigration Reform, sejak perlantikan Biden pada 2021, lebih 7 juta orang asing tanpa izin telah masuk ke dalam AS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: