Antarabangsa

Saudi Dipujuk AS Untuk Halalkan LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 22 JUN 2022 – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di dalam satu temuramah telah mendedahkan bahawa beliau sering membangkitkan isu hak-hak LGBT dengan Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al-Saud.

Menurut Blinken, beliau membangkitkan isu mengenai hak-hak LGBT di Arab Saudi pada setiap pertemuan serta setiap perbualannya dengan Faisal bin Farhan Al-Saud. Walaupun penekanan diberikan terhadap isu-isu berkenaan hak-hak LGBT di negara itu, namun Blinken juga memaklumkan bahawa hak asasi manusia hanyalah satu bahagian daripada polisi luar AS.

Blinken mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika Jabatan Negeri AS buat pertama kalinya mengadakan sesi taklimat jabatan tersebut untuk para wartawan LGBTQI. Dalam sesi taklimat itu juga, Blinken memaklumkan bahawa beliau menyokong tindakan Presiden AS, Joe Biden dalam lawatannya ke Arab Saudi.

Joe Biden dijadualkan akan melawat Arab Saudi pada Julai ini. Penasihat-penasihat hak asasi manusia serta beberapa rakan sekutu parti Demokratik telah mewaspadai Biden berkenaan lawatan tersebut kerana menurut mereka, jika lawatan tersebut diteruskan dalam keadaan Arab Saudi masih tidak memberi komitmen berkenaan hak asasi manusia, maka ianya akan memberi mesej bahawa tiada sebarang akibat yang akan berlaku terhadap negara-negara yang menzalimi hak asasi manusia.

Presiden AS tersebut sebelum ini pernah menggelarkan Arab Saudi sebagai “Pariah” berikutan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di kedutaan Arab Saudi di Istanbul.

AS sebelum ini bersifat kritikal terhadap Arab Saudi berikutan polisi-polisi negara Islam tersebut yang tidak menepati tahap hak-hak kemanusiaan yang dianjurkan oleh AS. Misalnya Senator AS, Bernie Sanders pernah menyifatkan negara tersebut dengan “brutal dictatorship” yang melayan wanita sebagai “warganegara kelas ketiga”.

Blinken dalam taklimatnya juga memaklumkan bahawa pentadbiran negara AS kini sedang berusaha untuk menentu ukur semula hubungan di antara negara tersebut dengan Arab Saudi pada perkara yang berkaitan dengan perkembangan memajukan agenda homoseksual.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: