Antarabangsa
RASMI! Rusia Isytihar Gerakan LGBT Sebagai Ekstremis
MOSCOW, 01 Disember 2023 – Mahkamah Agung Rusia secara rasminya mengisytiharkan gerakan LGBT sebagai ekstremis dalam tindakan keras terhadap hak golongan tersebut di negara itu.
Menerusi laporan akhbar, Rusia telah memutuskan bahawa pergerakan awam LGBT antarabangsa dan sub bahagian mereka adalah ekstremis sekali gus mengeluarkan larangan terhadap aktiviti mereka di Rusia.
Langkah tersebut dipercayai langkah paling drastik selama sedekad, di mana Presiden Rusia, Vladimir Putin telah meletakkan ‘nilai kekeluargaan tradisional’ sebagai asas pemerintahannya.
Menurut hakim, keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta namun tidak menyatakan sama ada individu atau organisasi tertentu akan terjejas.