Antarabangsa

Elon Musk Perli ‘Kebebasan Bersuara’ Arab Saudi Berikutan Kemelut Saham Twitter

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 19 April 2022 – Elon Musk, CEO Tesla Motors, baru-baru ini memerli kerajaan Arab Saudi dengan mempersoalkan apakah pendirian Arab Saudi tentang hak kebebasan bersuara.

“Saya hanya ada dua soalan, kalau boleh. Berapa banyak (saham) Twitter Kerajaan (Saudi) miliki secara langsung dan tidak langsung?”

“Apa pendirian Kerajaan (Saudi) tentang kebebasan kewartawanan dan kebebasan bersuara?” soal manusia terkaya dunia tersebut dalam ciapannya.

BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau

BACA: Dunia Bakal Kebuluran Harga Barang Melambung

BACA: Daging Naik Harga Sempena Ramadan

Soalannya itu disifatkan oleh pengguna internet sebagai sebuah perlian berikut kes pembunuhan Jamal Khashoggi, seorang wartawan Saudi yang melarikan diri ke Turki.

“Jamal Khashoggi, antara lainnya dibunuh kerana dia membongkarkan kebenaran tentang pihak berkuasa dalam platform Arab Saudi yang paling berpengaruh,” kata Rocco Castoro , seorang wartawan, menjawab soalan Elon Musk tersebut.

Isu ini terbit susulan keengganan Arab Saudi untuk ‘menjual’ Twitter secara keseluruhannya kepada Elon Musk.

Al Waleed bin Talal Al Saud, ahli keluarga diraja Saudi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau serta kerajaan Saudi, selaku antara pemegang saham terbesar Twitter menolak tawaran Elon Musk untuk membeli keseluruhan Twitter.

“Selaku salah satu pemegang saham Twitter terbesar dan paling lama, @Kingdom_KHC (syarikat pelaburan rasmi kerajaan Saudi) dan saya menolak tawaran ini,” ujarnya melalui sebuah ciapan di laman Twitter.

Elon Musk baru-baru ini menawarkan untuk membeli keseluruhan syarikat Twitter, di mana anggaran harga yang ditawarkan adalah lebih kurang $43 bilion.

Leave a Reply

Back to top button