Antarabangsa

Selepas Bandar Gah, Saudi Mula Operasi Penerbangan Khas NEOM Akhir 2024

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 28 Mac 2023 – Selepas membangunkan bandar gah NEOM di padang pasir barat laut Arab Saudi, kini negara itu menjangkakan pengoperasian sebuah syarikat penerbangan khas NEOM menjelang akhir tahun 2024.

Demikian dedah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan NEOM, Klaus Goersch dalam catatan blognya.

Klaus telah menetapkan visi tinggi untuk NEOM Airlines di mana pihaknya menjanjikan kepada penumpang sebuah ‘pengalaman perjalanan yang berbeza sama sekali’.

Jelasnya, perkhidmatan baharu itu akan menjadi futuristik dan cekap malah peluang syarikat penerbangan itu akan ‘jauh melebihi segala apa yang ada di luar sana’.

Dalam pada itu, Klaus yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi British Airways dan Air Canada menetapkan NEOM Airlines sebagai masa depan baharu untuk sektor perjalanan udara.

Katanya, “Bayangkan jika beg anda diambil dari rumah atau pejabat dan dihantar terus ke hotel atau kediaman yang anda tuju.”

“Bayangkan jika biometrik sudah cukup untuk mengenal pasti identiti anda melalui pengecaman muka sebaik sahaja anda berjalan dalam bangunan, pemeriksaan keselamatan untuk perjalanan tanpa perlu melalui pintu – apatah lagi tak perlu bersusah payah untuk urusan visa.”

BACA JUGA: Bakal Haji Negara Digesa Segera Jawab Surat Tawaran Haji

BACA JUGA: Bekalan Telur Dilapor Mula Berkurang

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Bawa Bekas Sendiri Dapat Kurangkan 20% Sampah

“Dan bayangkan masa mesyuarat anda berubah beberapa jam dan anda boleh menukar waktu penerbangan kepada yang kemudiannya, tanpa kesulitan atau kos,” ujar pegawai itu.

Selain itu, beliau menjangkakan kewujudan pesawat inovatif baharu menjelang tahun 2026, sama ada ianya elektrik, berkuasa hidrogen atau supersonik. Pihaknya sudahpun berbincang dengan pengeluar pesawat, pengeluar dalaman pesawat dan juga tempat duduk.

Menurutnya, selaras dengan misi NEOM yang mesra alam, syarikat itu menyasarkan agar setiap penerbangan mempunyai beberapa bahan api mampan yang berasal daripada kemudahan pencampuran di bandar NEOM.

“Kemampanan juga akan merangkumi katering, dengan makanan yang diperoleh secara tempatan dari sini dan dihantar atas permintaan pada masa anda benar-benar ingin makan.”

“Kami akan melihat setiap komponen sehinggalah ke permaidani dan plastik pakai buang,” kata Klaus.

Projek mega NEOM bernilai $500 bilion ditetapkan untuk mengubah pantai Laut Merah barat laut Saudi kepada sebuah hab berteknologi tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: