Antarabangsa

Mahkamah Daerah Benar Perkahwinan Berbeza Agama Elak Pasangan Bersekedudukan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SURABAYA, 22 Jun 2022 – Permohonan perkahwinan berbeza agama yang diajukan oleh satu pasangan beragama Islam dan Kristian yang sebelum ini ditolak, akhirnya dibenarkan oleh Mahkamah Daerah (PN) Surabaya atas alasan menghindari berlakunya amalan bersekedudukan, lapor CNN Indonesia.

Pegawai Perhubungan Awam (Humas) Mahkamah Daerah (PN) Surabaya, Suparno memaklumkan bahawa Hakim mempertimbangkan permohonan perkahwinan berbeza agama tersebut atas alasan demi mengelakkan amalan bersekedudukan sekaligus supaya anak yang dilahirkan nanti akan jelas nasabnya.

“Apabila permohonan perkahwinan beza agama ditolak oleh Pusat Perkhidmatan Penduduk dan Pendaftaran Awam Setempat, maka Mahkamah Daerah (PN) boleh membenarkan dengan pertimbangan untuk menghindari amalan bersedudukan dan demi status anak supaya jelas bapanya.”

Justeru, permohonan pasangan tersebut yang dikemukakan pada 13 April 2022 lalu telah diluluskan pada 26 April 2022 apabila Hakim Imam Supriyadi memutuskan mereka dibenarkan melangsungkan perkahwinan di hadapan Pejabat Perkhidmatan Penduduk dan Pendaftaran Awam Setempat Surabaya.

Hakim juga memerintahkan Pejabat Perkhidmatan Penduduk dan Pendaftaran Awam Setempat Surabaya untuk mendaftarkan perkahwinan beza agama pemohon tersebut ke dalam Pendaftaran Perkahwinan dan segera mengeluarkan sijil pernikahan pasangan beza agama tersebut.

Calon pengantin lelaki yang beragama Islam bersama calon pengantin wanita yang beragama Kristian terbabit sebelum ini telah mengajukan permohonan pendaftaran perkahwinan ke Pejabat Perkhidmatan Penduduk dan Pendaftaran Awam Setempat, namun permohonan pasangan tersebut telah ditolak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: