Tempatan

“Biseksual, Gay, MSM Digalakkan Memohon” – Universiti Tempatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2023 – Tular di media sosial sebuah universiti tempatan mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBT.

“Jawatan kosong tersedia: Pembantu penyelidik. Mengupah seorang Wanita Transgender, Lelaki Transgender atau Bukan Binari untuk mengambil peluang ini,” ciap seorang pengguna Twitter.

Memetik hantaran di laman Facebook, “Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM (men who have sex with men) yang lain.”

Hantaran tersebut dimuat naik sendiri oleh Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) yang berada di bawah Fakulti Perubatan sebuah universiti awam tempatan dan telah beroperasi sejak 2007.

BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

BACA JUGA: Dituduh Niat Kenyataan Anti LGBT, NGO Selar MP

BACA JUGA: Cas RM1 Klinik Kerajaan Dikekalkan

Dalam tawaran sama, mereka menekankan lantikan individu yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam outreach dan/atau penglibatan penyelidikan dengan komuniti LGBT.

Pusat penyelidikan tersebut merekrut golongan LGBTQ sebagai pembantu penyelidik dalam kajian biayaan Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH) yang menumpukan pada pembangunan dan kaedah untuk meningkatkan ujian dan pencegahan HIV dalam kalangan LGBT.

Sebelum ini, menjawab soalan di Parlimen,  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dalam soal adab, akhlak dan juga budaya songsang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: