Tempatan

Enggan Potong Babak LGBT, Disney Batal Tayang ‘Lightyear’ Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2022 – Pihak pengedar filem The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd memutuskan untuk tidak menayangkan filem animasi ‘Lightyear’ di Malaysia kerana tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut LPF, filem tersebut telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya, namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan.

“LPF telah menonton tapis filem ‘Lightyear’ dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lepas.”

“LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.”

LPF berkata, pihaknya akan terus komited melaksanakan tanggungjawab penapisan filem dan bahan publisiti filem yang ditayangkan atau dipamerkan untuk tontonan masyarakat umum di Malaysia.

“LPF tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT,” tegasnya.

Berdasarkan kepada peruntukan Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010, beberapa aspek perlu dipertimbangkan oleh LPF sebelum meluluskan kandungan filem atau bahan publisiti filem termasuk keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, dan ketertiban serta ketatasusilaan.

Filem ini sepatutnya membuka tirai di pawagam Malaysia pada 16 Jun lalu, bagaimanapun ia tidak tersedia di pawagam negara ini kerana mempunyai unsur LGBT dalam filem berkenaan.

Bukan hanya di Malaysia, 13 negara lain di seluruh Asia dan Asia Barat turut mengharamkan tayangan filem ini kerana ia cuba memandu sikap awam dan politik yang berbeza mengenai isu lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: