Antarabangsa

Hentikan Perobohan Rumah & Pengusiran Rakyat Palestin – OHCHR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 14 Februari 2023 – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan untuk menghentikan perobohan rumah dan pengusiran rakyat Palestin secara paksa di Tebing Barat yang semakin berleluasa ketika ini.

Menerusi sebuah kenyataan, OHCHR menyifatkan tindakan kejam rejim haram sebagai domicide apabila mereka meroboh rumah rakyat Palestin, membina penempatan haram sekali gus menafikan permit bangunan rakyat negara itu di Tebing Barat.

Pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu juga menekankan kebimbangan mereka terhadap situasi di Masafer Yatta, di mana lebih 1,100 penduduk Palestin berisiko menghadapi pengusiran secara paksa, pemindahan sewenang-wenangnya, perobohan rumah serta ancaman terhadap sumber pendapatan, air dan struktur kebersihan mereka.

Menurut mereka, taktik rejim mengusir rakyat Palestin secara paksa dilihat tiada batas. Puluhan keluarga Palestin di Timur Baitulmaqdis juga menghadapi nasib sama ekoran rancangan rejim haram meluaskan penempatan mereka.

BACA JUGA: Snowden Sanggah Kegilaan UFO Sebagai Langkah Kerajaan Tutup Pekung

BACA JUGA: 14 Februari: Cinta, Cita & Perjuangan

BACA JUGA: Saya Tak Terkejut Kenyataan Melayu Malas, Mundur Sebab Itulah Topik Di Kedai Kopi Cina – Firdaus Wong Wai Hung

Pada November tahun lalu, pihak rejim haram telah meroboh sebuah sekolah biayaan penderma di Isfey al-Fauqa, manakala empat lagi sekolah berada di bawah arahan perobohan.

“Serangan langsung ke atas rumah, sekolah, sumber pendapatan dan sumber air rakyat Palestin hanyalah percubaan Israel untuk menyekat hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri dan mengancam kewujudan mereka,” ujar pakar.

Tegas OHCHR, “Kami kesal kerana impunity berlaku, khususnya untuk pencabulan hak asasi manusia dan potensi jenayah perang yang dilakukan penjajah. Sudah tiba masanya badan penghakiman antarabangsa menentukan sifat pendudukan Israel dan mencari keadilan serta akauntabiliti untuk semua jenayah yang dilakukan di wilayah Palestin yang diduduki.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: