Antarabangsa

Putera Saudi Dan UAE Enggan Bincang Krisis Minyak Dengan Biden

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 13 Mac 2022 – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Putera Mahkota UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan menolak untuk membincangkan mengenai krisis bahan api yang berlaku ketika ini susulan perang antara Rusia dan Ukraine.

Kedua-dua Putera Mahkota tersebut dilihat ‘tidak mahu melayan permintaan Joe Biden’ selepas enggan mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Perkara tersebut juga dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki yang mengesahkan bahawa tiada rancangan menyaksikan kedua-dua Putera Mahkota itu bakal mengadakan rundingan dengan Joe Biden.

Selain itu, pegawai kerajaan AS juga mengakui akan hal itu bahawa, “Kami menjangkakan kedua-dua Putera Mahkota itu akan menghubungi AS bagi melakukan perbincangan, namun sehingga kini kami masih belum menerima sebarang panggilan.”

Peperangan antara Rusia dan Ukraine menyaksikan kebanyakan negara di seluruh dunia mengenakan sekatan terhadap Rusia termasuk Kongres Amerika Syarikat yang sedang “mempertimbangkan” undang-undang untuk mengharamkan import minyak Rusia.

“Rang undang-undang kami akan mengharamkan import produk minyak dan tenaga Rusia ke Amerika Syarikat.”

Atas tindakan nekad AS itu, Rusia memberi amaran menerusi kenyataan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak bahawa harga minyak mentah boleh mencecah lebih AS$300 (RM1,254.18) setong sekiranya Barat meneruskan tindakan menyekat eksport minyak Rusia.

“Adalah jelas penolakan minyak Rusia akan membawa kepada bencana bagi pasaran global.”

Leave a Reply

Back to top button