Tempatan

Acuan Hak Asasi Barat Tidak Sesuai Dengan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Wan Ahmad Fayhsal , Ahli Parlimen Machang berkata, ideologi Barat mengenai hak asasi manusia sangat berbeza dengan Malaysia, dengan mengambil contoh definisi Barat tentang manusia, yang menurutnya melihat tingkah laku dan bukannya jiwa.

Barat lebih cenderung untuk melihat manusia sebagai haiwan yang lahir daripada evolusi dan ini berbeza dengan konsep manusia dalam Islam di mana di dalam al-Quran disebutkan bahawa manusia dilahirkan dari roh dan jasad, tambah Wan Fayhsal dalam hujahnya.

BACA JUGA: Bakal Musnahkan Hutan Lumut, Aktivis Mohon Projek Tidak Diberi Kelulusan

BACA JUGA: Ummi Annur, Gadis Berhijab Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Udara AS

BACA JUGA: Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal

“Tetapi ini ditolak oleh ramai pemikir hak asasi manusia Barat. Hak mereka berbeza dengan kita,” katanya semasa perbahasan Laporan SUHAKAM 2020 di Parlimen.

Beliau juga berpendapat terdapat perbezaan pemahaman hak asasi manusia antara Malaysia dan Barat.

Ahli Parlimen Machang itu juga menyeru Malaysia untuk mengikut jejak langkah Parlimen Rusia yang mengharamkan propaganda LGBT kepada kanak-kanak.

Di bawah undang-undang Rusia yang diluluskan pada November tahun lalu, sebarang acara atau perbuatan yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksual – termasuk dalam talian, dalam filem, buku, pengiklanan atau di khalayak ramai – boleh dikenakan denda yang berat.

Mengenai perkara berkaitan, Wan Fayhsal turut memuji langkah Kementerian Dalam Negeri merampas jam tangan Swatch LGBT pada bulan lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: