NGO

LGBT Menjadi-Jadi Kerana Pemimpin Melayu Sibuk Kepentingan Peribadi – Syed Hassan Syed Ali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2022 – Ahli Parlimen Melayu dan Islam ni kebanyakan mereka lebih sibuk nak selamatkan karier politik mereka dari nak selamatkan negara ini bersih dari LGBT.

Bagi MP bukan Islam, mereka pula menjadi hero kepada LGBT. Sebab itulah salah satu sebab LGBT terus berkembang adalah kerana MP-MP bukan Islam membela mereka. Lebih malang lagi ada seorang dua MP Melayu juga pertahankan hak kebebasan golongan LGBT. MP-MP ini perlu ditolak agar tiada tempat lagi di Parlimen.

“Saya haramkan mana-mana cukai yang saya bayar kepada Kerajaan ada termasuk dalam gaji bulan MP ini walau sekecil mana sekalipun jumlahnya.”

Menjawab persoalan mengaitkan kumpulan LGBT yang semakin bertambah dan merebak ke seluruh pelosok masyarakat, di mana ada antara mereka guru, ahli politik, eksekutif-eksekutif dan golongan berpengaruh dan adakah kita masih ada peluang untuk tangani kumpulan ini dalam keadaan mereka di mana-mana dan memegang kuasa dan wang, Syed Hassan menyatakan, hal itu tidak mustahil dan kita tetap boleh.

Kita boleh tangani mereka ini jika kita ada MP-MP Islam yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam tugasnya sebagai seorang MP Islam.

“Itu sahaja yang boleh membantu kita menangani isu LGBT,” katanya.

Selagi ada pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi MP yang lebih utamakan kepentingan peribadi dan yang mengejar jawatan dalam Kabinet lebih berminat untuk mengkayakan diri dan keluarga, isu ini bukan sahaja tidak dapat ditangani, malah akan jadi lebih teruk lagi.

Maka, “Saya seru kepada pengundi-pengundi Melayu agar angkatlah tokoh-tokoh masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat perjuangkan kesucian Islam dan menghapuskan segala maksiat serta kegiatan songsang. Insya Allah mereka-mereka ini boleh lakukan,” ujar beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: