Tempatan

Kerajaan Tegas Menolak LGBT – Menteri Hal Ehwal Agama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2023 – Kerajaan, tegas dan konsisten dalam pendiriannya untuk tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender ( LGBT), yang merupakan amalan yang tidak boleh diterima dalam masyarakat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Walaupun kerajaan ketat dalam mengharamkan kandungan LGBT, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut konsisten dengan pendirian kerajaan yang tidak menolak hak tertentu kepada golongan LGBT seperti hak pendidikan.

Terdahulu, Na’im memberitahu Dewan Rakyat bahawa JAKIM turut bekerjasama dengan pelbagai kementerian seperti Kementerian Kesihatan, dalam usaha membendung aktiviti songsang seperti menjadi seorang lesbian, gay, biseksual atau transgender.

Kerjasama diantara agensi-agensi lain itu juga berperanan agar dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman yang seterusnya dapat membendung penularan gejala LGBT dalam masyarakat Malaysia.

Tambahnya lagi, setakat tahun ini seramai 220 peserta telah terlibat dalam program ‘Mukhayyam’, suatu program yang bertujuan memberi bimbingan agama dan kesedaran kesihatan untuk memastikan, agar golongan ini kembali kepada fitrah yang sebenar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: