Antarabangsa

Sokong Transgender Kanak-Kanak, Human Rights Watch Dihentam Netizen

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NEW YORK, 21 Jun 2021 – Facebook Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) hari ini telah memuat naik posting bendera LGBT beserta kapsyen Kanak-Kanak Trans Tergolong Di Mana-Mana #PRIDE.

Tinjauan Samudera.my mendapati segolongan pengguna Facebook tidak bersetuju dan marah dengan posting ini.

Kristin Millikin menyifatkan posting Facebook Pemerhati Hak Asasi Manusia ini sebagai menjijikkan kerana Pemerhati Hak Asasi Manusia sepatutnya menganjurkan semua untuk melindungi kanak-kanak, bukannya menggalakkan mutilasi.

“Disgusting post. Human rights watch should he advocating to protect these children, not encourage there mutilation”

Theodore Gordon Carvery pula mempersoalkan, agenda siapa untuk menjadikan kanak-kanak sebagai transgender?

“Did you know that your brain does not fully develop until you are in your twenty’s. Trans Kids ?? Who’s agenda is this ?”

Kenyataan ini senada dengan pengguna Facebook bernama David Macrae yang mahu kanak-kanak dibiarkan menjadi kanak-kanak, bukannya membentuk mereka (ke arah transgender).

“Grooming kids …. Leave them be kids instead.”

 

Sultan Oldenburger-Knabstrupper pula gusar dengan posting ini dan mahu perkara ini ditangani oleh organisasi yang berdasarkan hak asasi manusia.

“This post should be of concern….Is there an organisation out there called ‘Human Rights Watch’ or similar where to this can be addressed?”

Dan Robert Taylor Rhodes meluahkan kemarahannya dengan posting ini.

Menurutnya, kebanyakan kanak-kanak bahkan belum cukup matang untuk menentukan menu yang mereka mahu untuk makan malam apatah lagi memutuskan mereka perlu menggunakan penyekat hormon dan memotong anggota sulit mereka. Ini jelas merupakan satu penderaan kanak-kanak.

“Most Kids arent old enough to decide what they want for dinner much less decide they need to go on hormone blockers and get there privates chopped off. If an adult wants to do that whatever fine but doing that to children is out right child abuse.”

Manakala Chris N Chathu pula memberi amaran kepada ibu bapa untuk bersiap sedia menghadapi (melindungi anak-anak) normalisasi pedofilia.

“Peradaban hancur. Selangkah demi selangkah. Saya dapat melihat bagaimana organisasi-organisasi kaya di seluruh dunia ini akan membenarkan, memaksa & menormalkan pedofilia pada masa akan datang… Ibu bapa bersiap sedia!

“Civilizations destroyed … One step at a time ! I can see in how these wealthy worldwide orgs are going to justify, force & normalize Pedophilia in the future … Parents gear up!”

Di Malaysia pula, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Seri Mohd Hishamudin Yunus bertegas agar SUHAKAM diberi kebebasan untuk mengkaji keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara ini walaupun mendapat tentangan.

“Jantina ketiga adalah mereka yang dilahirkan lelaki atau perempuan tetapi mempunyai “jiwa” yang bertentangan dengan fitrahnya.”

“Bagi SUHAKAM, kita tak boleh menidakkan hak asasi seseorang itu semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai transgender.”

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button