Tempatan

Respons #SiBodohKauDengarSini #LGBT Terhadap Pindaan Akta 355

KUALA LUMPUR: Laman Twitter beberapa hari lalu dipenuhi dan tular dengan tanda pagar LGBT (#LGBT)  selepas warga Twitterjaya berang dengan kenyataan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary bahawa, hukuman lebih berat terhadap golongan itu sedang dipinda di bawah Akta 355.

Pemilik akaun Twitter bernama moona pretty f**k**g [email protected] dengan ciapannya, antara yang terawal berkongsi pendapat di laman sosial tersebut.

“#SiBodohKauDengarSini U ARE ACTUALLY SCREWING UR RAKYAT OVER WITH TERRIBLE SOPS THERE ARE FLOODS TO WORRY ABOUT AND U TETIBE BRING UP LGBT….AKU AMBIK SELIPER LEMPAR MUKA KAU”

Ia kemudiannya diikuti oleh pemilik-pemilik akaun lain sehingga tanda pagar itu popular di Twitter seperti @MichelleYesudas yang merupakan peledaknya apabila seramai 2200 orang menciap semula ciapannya.

#SiBodohKauDengarSini We are having a massive health crisis and people can’t even order their food, riders are probably at risk of transmission with every turn, people are losing their jobs, rapidly decreasing beds for COVID-19 patients and you go after LGBT PEOPLE. Irrational.

Seorang Twitterjaya bernama @tthrishila menciap, golongan LGBT ini juga manusia biasa yang harus dihormati, bukan pendosa atau tidak normal,

Mom of KL [email protected]_gueule pula mendakwa, LGBT ini tidak menyebabkan kesusahan kepada orang ramai dan masyarakat sehingga perlu dipertingkatkan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan tegas.

Manakala, @SeelanRaj_Red menempelak kerajaan yang menumpukan isu hukuman terhadap LGBT di saat negara mencatatkan kes  Covid-19 sebanyak 3,000 ke atas sehari.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim sebelum ini berkata, LGBT adalah perbuatan mungkar yang dilaknat dan diharamkan oleh ALLAH SWT.

Ia juga merupakan satu perbuatan dosa besar dan terkutuk menyalahi hak kemuliaan seseorang manusia.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button