Tempatan

Isu Dakwaan Keturunan Nabi Muhammad S.A.W, JAKIM Beri Peringatan 

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 19 Oktober 2022 – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kehadiran seorang lelaki yang dikatakan tokoh ulama dari Maghribi yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

“Tiada kenyataan rasmi dibuat berhubung latar belakang individu berkenaan.”

“Namun, JAKIM menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati atas dakwaan yang tidak jelas,” katanya bagi menjawab persoalan pengguna maya.

Jelas JAKIM, pihaknya percaya Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengambil maklum dan perhatian mengenai program-program melibatkan kehadiran beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: