Tempatan

Perkenal Sejarah Palestin Di Peringkat Sekolah – Presiden iGuru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disyorkan untuk memperkenalkan sejarah Palestin di peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui pendekatan ko-akademik dan kokurikulum.

Menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan perkara tersebut wajar dilaksanakan oleh pihak KPM bagi menghidupkan kisah perjuangan Palestin agar ia difahami dan dihayati oleh generasi pelajar masa kini.

Beliau yang berkata dalam satu kenyataan turut mengesyorkan agar modul-modul tentang sejarah kepahlawanan dan keperwiraan pejuang-pejuang Palestin diwujudkan bagi menyemai semangat patriotik dalam mempertahankan sejarah bangsa yang berdaulat melalui aktiviti kokurikulum badan beruniform.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kisah sejarah umat Islam Palestin yang berdepan dengan rejim apartheid zionis Israel turut dimasukkan dalam subjek Sivik dan Kewarganegaraan atau Pendidikan Islam berkaitan dengan hak asasi manusia menurut Islam serta Perlembagaan Negara untuk diambil pengajaran dalam membina keharmonian kaum di Malaysia.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mengesyorkan pihak KPM untuk mengadakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu Palestin demi memberikan kesedaran kepada generasi pelajar sejak di peringkat sekolah lagi.

Dalam perkembangan berhubung konflik antara Israel dan Palestin, setakat awal pagi hari ini, sekurang-kurangnya 500 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara rejim haram zionis Israel ke atas Hospital Al-Ahli Al-Arabi, Gaza.

Perkara tersebut mengundang kecaman dan kutukan daripada pelbagai pihak sekali gus menggesa pemimpin antarabangsa untuk menghentikan tragedi memilukan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: