Tempatan

Rampasan Jam Tangan ‘LGBT’: Swatch Fail Saman Pada Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Pengeluar jam tangan Switzerland, Swatch memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendapatkan pampasan dan pemulangan 172 jam tangan yang dirampas berikutan didakwa mempunyai kaitan dengan Pride atau lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor sebuah portal berita tempatan berbahasa Inggeris.

Dalam tuntutan mahkamahnya, Swatch memohon Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah untuk membatalkan notis rampasan pada Mei lalu bagi 172 jam tangan bernilai RM64,795 dan memohon agar semua jam tangan yang dirampas dikembalikan dalam tempoh lima hari selepas perintah tersebut dikeluarkan.

Malah, syarikat itu juga memohon perintah mahkamah untuk pampasan, termasuk dalam bentuk ganti rugi teruk dan teladan.

Pada 24 Jun lalu, Swatch Malaysia memfailkan saman tersebut melalui permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur di mana empat responden telah dinamakan iaitu Ketua Setiausaha KDN, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

BACA JUGA: Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Masih Aktif Babitkan Kalangan Remaja

BACA JUGA: Penjualan Padi: Kartel ‘Bunuh’ Kilang Kecil Bumiputera

BACA JUGA: Konflik China-AS: Indonesia Tidak Mahu Rakan ASEAN Berpihak 

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilihat oleh portal berita tersebut, Swatch memfailkan tuntutan mahkamah kerana mendakwa pegawai KDN telah bertindak secara tidak sah, tidak rasional, dengan ketidakwajaran prosedur dan bahawa tindakan mereka didakwa tidak seimbang serta untuk tujuan yang tidak wajar.

Syarikat jam tangan itu berkata mereka tidak diberi notis awal berhubung sebarang aduan mahupun tindakan terhadap jam tangan tersebut malah tidak diberi peluang untuk didengari sebelum rampasan dilakukan.

Swatch juga berhujah bahawa jam tangan yang dirampas itu tidak menyebabkan sebarang gangguan kepada ketenteraman awam atau moral atau sebarang pelanggaran undang-undang dengan mengatakan bahawa tiada insiden atau gangguan berlaku sejak reka bentuk lama berada dalam pasaran Malaysia bermula Jun 2022.

Sehubungan itu, kes berkenaan dijadualkan untuk dihadapkan di Mahkamah Tinggi pada 20 Julai ini, dengan permohonan Swatch untuk kebenaran semakan kehakiman didengar oleh hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh.

Terdahulu, KDN menyerbu dan melakukan rampasan barangan “Koleksi Pride” di beberapa cawangan jam tangan jenama Swatch kerana menjual koleksi jam tangan dengan tema warna pelangi yang didakwa mempunyai kaitan dengan komuniti LGBT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: