Tempatan

Pastikan LGBT Disiasat Di Bawah Seksyen 377 – Pensyarah UniSZA

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2021 – Prof Dato’ Mahamad Naser Disa, pensyarah Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan dan memulakan siasatan terhadap Iki Putra dan mereka yang terlibat dalam pesta gay tahun 2019 di bawah Akta 377.

“JAKIM, KDN, Bahagian Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri mestilah pastikan PDRM memulakan siasatan dan tindakan terhadap 13 orang ni yang melakukan kesalahan pesta Gay tahun 2019 ini.”

Menurut beliau, setelah Mahkamah Syariah tidak dibenarkan menyiasat dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan seks luar tabii, Mahkamah Sivil hendaklah tidak mengabaikan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar ini.

“Jangan hanya kerana diaorang dah tak boleh nak dituduh di Mahkamah Syariah, tiba-tiba di Mahkamah Sivil pun tak buat juga. Ini yang menjadi permasalahan. Kita nak menjalankan kewajipan amar makruf nahi mungkar.”

Ujarnya lagi, penguatkuasa agama sudah tidak boleh lagi melaksanakan amar makruf nahi mungkar mereka dalam isu berkaitan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ini. Maka, harapan yang tinggal hanyalah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kalau dikatakan bahawa ini bukan di bawah bidang kuasa Enakmen Jenayah Syariah, maka penguatkuasa agama dah tak boleh buat serbuan dah. Dia dah tak boleh dah menjalankan apa yang dikatakan amar makruf nahi mungkar dalam isu berkaitan dengan kumpulan gay ni. Jadi kita hanya bergantung sepenuhnya kepada pihak polis. PDRM.”

Oleh kerana itu, Prof Dato’ Mahamad Naser Disa tegas mahu mereka yang terlibat dengan kesalahan seks luar tabii dihadapkan ke mahkamah dan disiasat di bawah Akta 377.

“Kita sebenarnya nak bagitau balik Menteri ni jugalah, kita tak kisah kalau undang-undang atau proses mencegah mungkar ini masih boleh diteruskan melalui undang-undang Penal Code. Kita tak kisah. Tak apa. Teruskanlah.”

“Tapi masalahnya sekarang ni, ada buat ke tidak? Apabila dah halang penguatkuasa agama daripada melakukan nahi mungkar ini melalui undang-undang negeri. Undang-undang Penal Code ni, undang-undang Penal Code yang juga 377 ni ada dikuatkuasakan ke terhadap puak-puak LGBT ni?”

“Kita buat di bawah Undang-Undang Jenayah Syariah. Tiba-tiba Mahkamah Persekutuan kata tak boleh. The law is unconstitutional. Ok. What about the law yang constitutional? 377,” soal beliau mengakhiri kenyataan.

Sesi ‘Forum: Membunuh Perundangan Islam?’ anjuran Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) disiarkan dalam Facebook ISLAMI pada 27 Februari 2021.

Dikemudikan oleh Exco ISLAMI Kebangsaan, Mafis Mohd Samuri, barisan panelis jemputan adalah Prof Dato’ Mahamad Naser Disa dan pensyarah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button