Tempatan

PreP Kementerian Kesihatan Buka Ruang Budaya Homoseksual Membiak – Ketua Wirawati Putra

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KENYATAAN MEDIA
KETUA PERGERAKAN WIRAWATI PUTRA MALAYSIA

Oleh: Nurhafizah Jamalludin
19 Disember 2022 (Isnin)

1. Usaha mengekang jangkitan HIV kepada pesakit baharu dalam kalangan ahli keluarga rapat yang telah menghidap HIV Positif adalah satu usaha yang baik. Namun, untuk diperbesarkan sebagai satu rawatan normal di Malaysia ia perlu dibincang dengan lebih panjang dengan mengambil kira keutamaan mengekang individu berisiko meninggalkan perbuatan berisiko tinggi tersebut dengan memberikan fakta kesihatan yang betul dari aspek kesihatan dan motivasi dari sudut moral lebih-lebih lagi berkaitan aspek keagamaan masing-masing.

2. Program rintis penggunaan PreP yang Menteri Kesihatan uar-uarkan beberapa hari lalu membuka ruang kepada golongan LGBT atau pengamal seks bebas untuk berasa semakin selesa dan berkebajikan sekali gus membiakkan lagi kegiatan homoseksual secara tidak langsung. Sedangkan rawatan yang akan dibelanjakan menggunakan dana awam yang terhad dengan keadaan hutang negara yang terlalu tinggi itu boleh di indahkan kepada rawatan penyakit yang lebih kritikal, penyakit sejak lahir atau penyakit yang tidak berjangkit yang lain.

3. Penggunaan PreP ini juga bukanlah kegunaan masyarakat secara meluas melainkan kegunaan golongan minoriti yang mengamalkan seks songsang atau seks anal. Justeru, Wirawati bantah fokus kerajaan memberi tumpuan untuk meningkatkan pembiayaan ubat PrEP walaupun bukanlah bertujuan untuk memberi galakan kepada golongan homoseksual ini terus mengamalkan perbuatan mereka, tetapi supaya dana awam yang datang dari wang pembayaran cukai dapat dimanfaatkan kepada perbelanjaan yang lebih utama melibatkan majoriti masyarakat.

4. Wirawati juga menggesa kerajaan Malaysia boleh memulakan kempen mengharamkan segala bentuk simbol atau lambang yang menyokong kepada golongan LGBT di dalam negara ini seperti mana yang telah ditegaskan Duta bagi Piala Dunia di Qatar bagi menunjukkan komitmen negara ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Sekian.

Nurhafizah Jamalludin
KETUA PERGERAKAN WIRAWATI PUTRA MALAYSIA

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my 

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: