Tempatan

Dakwa Lokasi Sebenar Kaabah Di Jordan, Mufti Pahang Gesa Pengikut Ahmadi Religion Bertaubat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2023 – Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menggesa pengikut Ahmadi Religion bertaubat ekoran melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran al-Quran dan Sunnah.

Ajaran sesat, ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’ terang-terangan tersasar jauh daripada agama Islam, di mana antara pegangan asas mereka adalah mempercayai kewujudan 12 Imam Mahdi dan menyatakan bahawa lokasi sebenar Kaabah terletak di Petra, Jordan, bukan di tanah suci Mekah, Arab Saudi.

Baru-baru ini, kumpulan itu mula meraih perhatian orang ramai apabila beberapa pengikutnya berkumpul di hadapan sebuah kompleks beli-belah, untuk mempertahankan hak orang ramai mengamalkan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Mufti Pahang menegaskan, perbuatan itu bertentangan dengan syarak kerana ia mempertikaikan hukum Allah terutamanya terhadap golongan tersebut.

BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara

BACA JUGA: Cuaca Panas: Sabah Rekod Kes Kesihatan Terbaru

BACA JUGA: PRN: Penulis Dedah Usaha AS Pengaruhi Anak Muda Malaysia

“Apabila kita sedar dan faham bercakap sesuatu perkara yang melanggar syarak dan al-Quran, ertinya kita mencabar hukum Allah. Kalau dia seorang Islam, cakap-cakap atau perbuatan itu boleh menyebabkan dia murtad dan syirik kepada Allah,” jelas beliau.

Tambahnya, “Sedangkan binatang pun tak buat macam itu, jadi menunjukkan tingkah laku itu bukan saja bercanggah dengan norma manusia, malah semua perkara kerana Allah jadikan lelaki dan perempuan memang untuk berkahwin dan bukannya sesama jantina.”

Lanjutan itu, Abdul Rahman Osman turut menekankan bahawa ia bukan hanya melanggar hukum syarak malah perbuatan itu juga melanggar undang-undang negara Islam.

“Kalau dia bukan seorang Islam pun, kena faham adat resam dan agama di Malaysia ini. Orang yang mengamalkan amalan (LGBT) juga salah dari segi undang-undang dan boleh didakwa dan dikenakan tindakan tegas.”

“(Mereka) kena ingat perbuatan itu di dunia tak selamat, di akhirat pun sama. Jadi kalau orang itu adalah Islam, memang wajib bertaubat. Jangan sebab dia, orang lain juga akan ditimpa bala dan musibah kerana sejarahnya begitu,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: