Tempatan

Subsidi Dihapuskan, KPDNHEP Banteras Aktiviti Sorok Barang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 24 Jun 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengerah seramai 2,200 anggota penguat kuasa bagi membanteras aktiviti menyorok barang kawalan di seluruh negara.

Arahan tersebut dibuat setelah Kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi beberapa harga barang seperti ayam, telur ayam dan minyak masak botol yang bakal berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Anggota penguat kuasa telah melaksanakan pemeriksaan harian di 2,711 premis peruncit terpilih (DDR), 1,039 pemborong terpilih (DDW) dan 223 pengilang terpilih (DDM).

Pemeriksaan yang dibuat melibatkan barang kawalan dan juga keperluan asas lain seperti gula, minyak masak, tepung gandum, roti putih, beras, bawang, susu tepung dan juga sayur-sayuran.

Lapor Selangor TV, Menteri KPDNHEP Datuk Sri Alexander Nanta Linggi turut memaklumkan bahawa pelaksanaan Ops Anti-Sorok itu memberi impak positif apabila pihaknya telah menerima 13 aduan aktiviti sorok barang kawalan sehingga 22 Jun lalu.

Samudera.my sebelum ini pernah melaporkan bahawa ramai rakyat di bandar mula membuat pembelian panik minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) setelah tindakan Kerajaan menghapuskan subsidi mulai 1 Julai 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: