Antarabangsa

China Potong Babak Gay Filem ‘The Secret Of Dumbledore’

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 14 April 2022 – Beberapa baris dialog yang merujuk kepada hubungan gay antara Dumbledore dan Grindelwald dalam filem Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore telah dipotong untuk tayangan di China.

Babak romantis yang berdurasi 6 saat itu merujuk kepada hubungan masa lalu dua watak tersebut di mana Albus Dumbledore telah meluahkan perasaannya dengan berkata “”musim panas Gellert dan saya jatuh cinta” dan “kerana saya jatuh cinta dengan awak”.

BACA: Tuhan Tak Turun Bersidang Di DUN – Ketua Undang-Undang dan Perjanjian Antarabangsa SUHAKAM

BACA: HRW Promosi Kanak-Kanak Trans: Bukti LGBT Bergerak Ke Fasa Seterusnya – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

BACA: Hentikan Normalisasi Drama Berunsur Lucah & Songsang

Akur dengan sentimen budaya masyarakat China, penerbit Warner Bros berkata, pemotongan sesetengah adegan harus dilakukan bersesuaian dengan sensitiviti pasaran tertentu.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus beriltizam untuk menjaga integriti setiap filem yang dikeluarkan dan percaya pemotongan adegan terbabit tidak menukar kekuatan filem itu.

“Kami mahu penonton di mana-mana di dunia melihat dan menikmati filem ini, dan adalah penting bagi kami bahawa penonton China mempunyai peluang untuk mengalaminya juga, walaupun dengan suntingan kecil ini.”

‘Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore’ telah ditayangkan di China pada 8 April, seminggu lebih awal daripada pelancaran yang dijadualkan di Amerika Syarikat pada 15 April.

Laporan mengatakan filem itu berada di tangga teratas carta di China semasa hujung minggu pembukaannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: