Tempatan

Kadar Prevalens HIV Malaysia Rendah Kerana Adanya Undang-Undang – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Prof Madya Dr Rafidah Hanim, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menegaskan kadar prevalens HIV Malaysia adalah rendah kerana adanya penguatkuasaan undang-undang.

“Kalau kita tengok kadar prevalence HIV di Malaysia, kita compare jiran terdekat sebab more or less kita kongsi budaya yang sama. So, antara kadar prevalence di Malaysia, di Singapore, kita banding dengan Thailand. Singapore dan kita mempunyai kadar prevalence yang rendah, tak sampai 0.5% berbanding dengan Thailand. Thailand 1% lebih. Kenapa? Kerana ada satu perkara yang kita berkongsi dengan Singapore iaitu kita mempunyai undang-undang.”

Beliau menjelaskan perkara ini dalam ulasan mengenai implikasi homoseksualiti ke atas kesihatan dalam sesi siaran langsung anekdot “Mahkamah Syariah Teruji” anjuran Dialektika TV minggu lalu.

Ujarnya lagi, mereka yang mengamalkan homoseksual bukan sahaja dinasihatkan untuk memakai kondom tetapi juga perlu mengambil bersama ubat-ubatan yang dipanggil Pre Exposure Prophylaxis (PrEP) , sejenis ubatan yang digunakan untuk mengurangkan individu berisiko daripada dijangkiti HIV sepanjang hidup mereka.

“Nasihat kesihatan bagi mereka yang ingin mengamalkan homoseksualiti sekarang ini adalah memakai kondom bersama mengambil ubat-ubatan yang dipanggil PrEP, prophylaxis drug sebelum mengadakan hubungan. Dan prophylaxis drug kena ambil in the entire of your life. Saya nak tanya orang-orang muda, do you want to take this medicine for the rest of your life? And you are very young. Dan kegagalan ramai anak muda yang mengamalkan homoseksualiti untuk patuh ambil ubat inilah menyebabkan even di Eropah sekalipun amat sukar untuk mengawal kes-kes baru.”

Oleh itu, Prof Madya Dr Rafidah menegaskan, pendekatan undang-undang beserta pendekatan agama memainkan peranan dalam mengawal kadar prevalens HIV.

“Dan saya pernah tanya mereka yang mengambil ubat. Ada banyak line, first line, second line, third line ubat yang perlu diambil kalau anda mengamalkan homoseksualiti. Ambil ubat yang paling asas sekalipun you have to spend RM300 per month. Ambil ubat yang kalau masalah dengan ubat antivirus dia mungkin ada resistant, dan you kena ambil ubat yang lebih mahal. Jadi kerana itulah saya merasakan bukan sahaja ajaran agama, approach agama, tetapi undang-undang juga memainkan peranan untuk kita mengawal perkara ini daripada terus menghantui negara kita.”

“Jadi, kesihatan, agama, dan undang-undang sebenarnya dia merangkum sekali. It is a very false belief to say that religion and health are not harmony together. They are very much meaningful to us,” ujar beliau menutup hujah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: