Antarabangsa

Tapi Macam Mana Kalau Puteri Kita Suka Jantina Sama Jenis?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NETHERLANDS, 17 Oktober 2021 – Ahli Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi Belanda mempersoalkan apa akan terjadi dengan sistem penggantian takhta diraja selepas Parlimen negara itu membenarkan kerabat diraja mereka berkahwin sesama jenis.

Persoalan ini dibangkitkan kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte selepas sebuah buku menyentuh isu ini diterbitkan.

Selasa baru-baru ini, Mark Rutte mengumumkan Puteri Raja Belanda, Catharina-Amalia, 17, boleh berkahwin sesama jantina tanpa melepaskan takhtanya.

Apabila disoal bagaimana pula dengan kesan terhadap sistem penggantian anak-anak pasangan diraja di masa depan sekiranya Puteri Raja Catharina-Amalia berkahwin sama jantina, Rutte menjawab, perkara ini akan diselesaikan selepas perkara sedemikian berlaku.

“Slogan “Be Yourself”, dijadikan propaganda bagi menghalalkan hubungan sejenis budaya lesbian dan transgender bukanlah sifat semula jadi manusia,” kata Ketua Media PEMBELA, Haji Rashidi bin Haris dalam komen beliau tentang perarakan LGBT, Pride Parade sebelum ini.

“Binatang yang tidak berakal pun mampu kenal jantan dan betina. Amat jijik sekali apabila manusia masih lagi tercari-cari identiti diri yang menggambarkan seolah-olah Tuhan gagal dan melakukan kesilapan,” ujar beliau.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button