Malaysia Sebaris Arab Saudi & Emiriyah Arab Bersatu, Negara Terburuk Untuk Golongan ‘Transgender’
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – “Malaysia, Arab Saudi, Malawi dan Emiriah Arab Bersatu adalah negara yang paling teruk bagi golongan transgender,” menurut Indeks Hak Trans Global yang dikeluarkan baru-baru ini.
Menerusi data yang direkodkan, Malaysia mencatat markah -105, di mana golongan transgender menghadapi pelbagai halangan dalam negara sekali gus menjadi sasaran pihak polis.
Laporan juga menyebut, Malaysia dan tiga negara berkenaan tidak mempunyai perlindungan bagi pekerja, diskriminasi dan penjenayah serta ‘cross-dressing’ dihukum dengan hukuman denda sehingga penjara, di lapan daripada 10 negara paling teruk bagi golongan songsang berkenaan.
BACA JUGA: Kerajaan Negeri Dibenarkan Mohon Operasi Pembenihan Awan
BACA JUGA: Pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat: Jalan Ditutup Sembilan Bulan Bermula Khamis Ini
BACA JUGA: Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal
Sementara itu, Guyana disenaraikan sebagai negara paling teruk bagi transgender kerana mempunyai tahap pembunuhan paling tinggi terhadap golongan tersebut.
Mengulas lanjut, hak transgender kekal tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu dan merampas ratusan jam tangan jenama terkenal Swatch awal bulan lalu, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan golongan LGBTQ+.
Memetik laporan, rampasan jam tangan Swatch yang berlaku itu adalah disebabkan cetakan huruf ‘LGBTQ’ pada jam dan bukannya kerana warna pelangi.