Tempatan

Golongan LGBT Sangat Hipokrit Terhadap Diri Mereka Sendiri – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022 – Permintaan LGBT ini adalah permintaan yang terlampau songsang daripada sudut atau konsep hak peribadi, tegas Haniff Khatri, seorang Peguam Kanan.

“Sedangkan hak peribadi ini satu dunia setuju ianya perlu diimbangi dan perlu disemak dengan hak majoriti, hak kolektif agama ataupun masyarakat itu,” katanya.

Hak Majoriti Lebih Penting Dari Hak Individu

Tidak ada tempat atau ruang untuk kita menyatakan hak individu sentiasa perlu dihormati. Apa yang penting adalah hak majoriti didahului dengan syarat hak minoriti tidak didiskriminasi.

Apa maksudnya? Maksudnya, jika awak nak jadi orang yang mengamalkan hidup yang bertentangan dengan jantina awak buatlah di bawah bumbung awak tapi awak tidak ada hak dengan gah dan megah mengatakan awak betul di masyarakat awak.

“Awak tidak boleh tuntut adakan undang-undang untuk benarkan awak kahwin jantina awak sendiri sedangkan itu bertentangan dengan konsep keluarga, konsep dengan hubungan manusia tabi’i.”

Tegasnya lagi, tidak boleh paksa Kerajaan untuk adakan undang-undang khusus untuk LGBT yang bertentangan dengan masyarakat majoriti sebab Kerajaan adalah untuk majoriti dengan syarat tidak mendiskriminasikan yang minoriti,” ujarnya.

Haniff berkata, buatlah kerja LGBT di bawah bumbung awak sendiri, kain selimut awak. Tetapi awak tidak boleh minta untuk didaftarkan perkahwinan awak sebab bila awak minta didaftarkan perkahwinan, awak sendiri tahu, perkahwinan bermaksud suatu pengiktirafan hubungan suami isteri.

Golongan LGBT Sangat Hipokrit Terhadap Diri Mereka Sendiri

Soalnya, kenapa awak nak mengiktirafkan hubungan itu sedangkan hubungan awak bukannya hubungan suami isteri yang dipercayai dan dihormati oleh masyarakat majoriti.

“Tidakkah itu dilihat sebagai perkara yang hipokrit terhadap diri sendiri.”

Tambah beliau lagi, LGBT tak boleh minta yang majoriti ubah konsep majoriti semata-mata untuk mengiktiraf hak mereka yang pelik dan luar tabi’i.

“Tidak boleh! LGBT perlu hormat fahaman hak majoriti dan tidak perlu syok sendiri serta bersikap hipokrit dengan menipu diri sendiri.”

Jelas peguam itu, selagi awak tidak didiskriminasi, misalnya, kalau awak di bawah bumbung rumah awak sendiri nak kongsi satu katil dengan kaum sejenis yang sama itu di dalam rumah.

“Tidak ada orang boleh pergi selar awak ataupun pergi sula awak dalam rumah sebab tidak ada orang yang tahu apa yang berlaku pun.”

“Tetapi, awak tidak boleh minta orang nak ambil tahu dan masih hormati hak awak itu. Itu hak yang tidak boleh dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang ataupun konsep fahaman masyarakat.”

Konsep Hak Asasi Tak Bermaksud Hak Individu Mengatasi Hak Masyarakat

“Perlu ditegaskan, konsep hak asasi tak bermaksud hak individu mengatasi hak masyarakat,” katanya.

Haniff berkata demikian ketika ditanya apakah kekangan yang dihadapi Kerajaan dan badan penguatkuasa untuk tangani isu LGBT secara efektif?

Beliau menjelaskan, kekangan ini bukan dari pihak berkuasa, sebaliknya kekangan ini adalah fahaman jumud rakyat bahawa kononnya apa yang diminta oleh pihak-pihak minoriti LGBT ini boleh dijadikan undang-undang, itu adalah fahaman jumud.

Justeru, Kerajaan kena tegas mengatakan bahawa Kerajaan adalah untuk majoriti bukan yang maksudnya untuk orang Islam sahaja. Malah, Kerajaan ialah untuk segala agama majoriti yang tidak terima amalan songsang seperti ini.

Menurut beliau lagi, mana-mana kerajaan yang normal pun semestinya tidak akan melayan mana-mana permintaan untuk dibenarkan ada perkahwinan sama jenis atau sesama sendiri ataupun untuk benarkan golongan LGBT menganjurkan pesta-pesta untuk LGBT ini.

Jelas di sini, ia bukan atas sebab agama Islam sahaja. Ya, itu betul, tetapi agama lain pun mencela, mengecam dan menyelar tidak mengiktiraf hubungan LGBT ini dalam agama mereka ataupun budaya mereka.

“Macam mana, mana-mana kerajaan yang berpandukan kepada sokongan majoriti hendak mengiktiraf hak minoriti yang songsang?” soal Haniff.

Namun, apa yang penting, Kerajaan tidak pun mendiskriminasi LGBT ini, tidak pun menarik golongan LGBT ini keluar dari bumbung mereka dan menarik mereka keluar dari bawah selimut mereka dan menghukum mereka di khalayak ramai.

Tegas beliau, kami pun tidak ingin nak layan awak sebenarnya. Tapi, buatlah apa pun yang awak nak buat dalam bilik awak sendiri.

Undang-Undang Tidak Dilanggar Kalau Undang-Undang Itu Tidak Dicabar Di Khalayak Ramai

“Selagi, ia tidak melanggar undang-undang. Undang-undang tidak dilanggar, kalau undang-undang itu tidak dicabar di khalayak ramai.”

Maknanya, kalau awak tidak datang di luar, di tengah jalan, di hotel-hotel, di majlis-majlis. Tidak melakukan hubungan sodomi dan gamorah nak tayang pada orang awam maka tidak ada siapa yang akan mengambil tindakan.

Tetapi, kalau awak mencabar undang-undang itu di khalayak ramai maka undang-undang itu perlu dikuatkuasakan, itulah maksudnya.

Jadi, apa yang rakyat nak takutkan, jadi bila puak LGBT ini adakan acara pondan, acara bergaya seperti lelaki atau bergaya seperti perempuan di khalayak ramai maka mana-mana undang-undang yang ada boleh diambil tindakan kalau ia akan mengakibatkan contohnya suatu ketidaksenangan di kalangan rakyat majoriti termasuk boleh mencetuskan rusuhan di kawasan itu.

Maka pihak berkuasa polis boleh mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada misalnya mengambil tindakan kepada pihak yang boleh mencetuskan rusuhan.

Tidak Perlu Nak Buat Undang-Undang Baru Pun

“Tidak perlu nak buat undang-undang baru pun,” kata Haniff.

Beliau turut menyoal, kenapa kita selalu bercakap pasal nak adakan undang-undang baru sedangkan undang-undang sekarang sudah sedia ada.

Soalnya sekarang, kita berani nak laksanakan atau tidak itu yang sebenarnya dan lebih utama perlu dipersoalkan,” tegas beliau.

Bagi saya, rakyat dan pihak berkuasa ataupun pihak kerajaan kena faham undang-undang yang ada.

“Pakai sajalah, bukannya takut nak pakai kemudian cakap kita tidak ada undang-undang.”

Sebenarnya, awak yang tak ada otak nak faham tentang adanya undang-undang yang sedia ada.

Beliau berkata, semua undang-undang telah tersedia cuma tunggu keberanian untuk dilaksanakan sahaja. Berani kerana benar atau tidak dan suka saya tegaskan sekali lagi, ini bukan soal agama.

Semua Agama Perlu Sokong Menyokong Tangani LGBT

Sebenarnya, kita perlu bersatu hati dan saling sokong menyokong dengan semua agama lain dalam menangani isu LGBT ini.

Mereka ini adalah golongan yang tidak ada di dalam mana-mana senarai pun sebenarnya.

Semaklah, mana-mana agama tulen sekalipun tidak ada satu agama pun yang menyokong kewujudan spesis LGBT ni.

Termasuklah, sama ada penganut agama Kristian, Buddha, ataupun Hindu sekalipun mereka juga mesti berani menyokong kerana tidak ada mana-mana kitab di dalam mana-mana agama sekalipun menyokong LGBT ini.

“Spesis ini bukan sahaja haram di bumi tetapi mana-mana planet sekalipun tidak pernah menerima dan mengiktiraf kewujudan mereka.”

“Kita sangat yakin dan tak perlu untuk semak pun dalam mana-mana kitab tulen agama dan ketua-ketua agama yang asli apa sekalipun, sudah pasti tidak ada yang menyokong golongan LGBT ini di dalam kitab asli dan ajaran mereka, kalau ada itu bukan asli tetapi liberal,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Back to top button