Tempatan

Amalan Seks Songsang, Pelajar IPT Ramai Dijangkiti HIV

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 September 2022 – “Majoritinya anak muda yang dapat HIV daripada hubungan seks sesama jenis. Jadi, satu perkara yang sangat merisaukan sebenarnya sebab mereka ini sangat muda. Ada tu masih lagi penuntut ataupun pelajar. Kebanyakannya Institut Pengajian Tinggi (IPT).”

Kenyataan itu dikeluarkan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong mengenai amalan seks songsang dalam kalangan pelajar IPT yang menjadi satu perkara sangat merisaukan kerana mereka masih sangat muda.

“Sampaikan ada di kalangan doktor-doktor, macam kita kata kalau awak bekerja dalam satu kawasan bandar besar yang ada IPT, awak mesti akan dapat pesakit yang kita kata HIV, yang melakukan hubungan seks sesama jenis,” ujar Dr Sakinah dalam satu program bertajuk Di Sebalik Isu Bersama FY yang membincangkan topik ‘HIV, Gay & Melayu.’

Tambah beliau, apabila pesakit-pesakitnya diajukan soalan ‘macam mana boleh terjebak’, beliau mendapati biasanya perkara ini telah berlaku dari peringkat awal.

“Mungkin dari sekolah, sekolah menengah dan kemudian diteruskan di IPT.”

Bagaimanapun, pesakit ini dilihat seperti sudah lebih bersedia dan tahu apa yang bakal berlaku terhadap diri mereka pada 10 tahun akan datang. Mereka juga lebih tahu apa yang perlu dibuat, ujar beliau dalam satu laporan media tempatan.

Pesakit HIV yang menerima rawatan Ubat Antiretroviral (HAART) boleh hidup sihat sehinggakan tiada sebarang virus HIV dikesan dalam darah dan tidak akan menjangkiti orang lain jika mereka berhubungan seks.

Namun, Pakar Perubatan Keluarga itu mendapati ada juga (pesakit) yang menganggap itu cara hidup mereka dan mereka bangga sebagai gay.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: