Tempatan

Anti LGBT: NGO Mahu SUHAKAM Beri Latihan Hak Asasi Manusia Kepada MP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023 – Justice for Sisters (JFS) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) memberikan latihan hak asasi manusia kepada Ahli Parlimen susulan mengeluarkan kenyataan anti-LGBT.

Menurut laporan, NGO itu telah memberi respon terhadap kenyataan anti-LGBT yang disebut dalam Parlimen oleh beberapa ahli baru-baru ini.

Antaranya, organisasi itu membantah kenyataan anti-LGBT Ahli Parlimen Machang yang didakwa menyamakan LGBT dengan pedofilia sebagai perbuatan seksual yang dikaitkan dengan golongan songsang itu.

BACA JUGA: Masjidil Aqsa Bakal Dibahagi, Rakyat Palestin Minta Bantuan Malaysia

BACA JUGA: JAGA-JAGA, Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: ADUN Gesa Kerajaan Wujudkan Elaun Rumah Sewa Buat Pelajar

Ahli Parlimen berkenaan mencadangkan pengenalan undang-undang untuk melarang promosi perbuatan seksual yang dikaitkan dengan golongan LGBT, seperti seks luar tabii dan pedofilia untuk melindungi kanak-kanak, nilai kekeluargaan, tradisi dan negara.

Dalam pada itu, JFS juga menekankan bahawa kepelbagaian dalam orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI) adalah ‘perkara biasa dan tidak memerlukan rawatan’.

Ulas mereka, mengubah semula identiti seseorang ke arah jalan yang betul seolah-olah menyebabkan ‘kemudaratan berpanjangan dan merupakan amalan yang tidak berasaskan hak dan bukti’.

Mereka berkata sedemikian selepas Ahli Parlimen Pendang mengibaratkan SOGI sebagai ‘ketagihan’ yang harus diubati dan dirawat.

Mengulas lanjut, organisasi berkenaan turut menuduh beberapa Ahli Parlimen (kebanyakan daripada PN dan BN) mempunyai pemahaman yang kurang terhadap isu hak asasi manusia dan penggubalan dasar berasaskan hak.

Ujar mereka, perbahasan di Parlimen secara terang-terangan menunjukkan kecenderungan terhadap anti-hak, membabitkan Ahli Parlimen yang mencadangkan hak golongan LGBT disekat malah dikatakan menyekat hak penduduk terpinggir lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: