Tempatan

SERASI Tawar Bengkel Termasuk Hak Pengguguran Selamat Untuk Remaja Bawah Umur

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2021 – Sebuah platform di Instagram dinamakan SERASI tular baru-baru ini mengajak remaja bawah umur seawal usia 15 tahun mengikuti program pendidikan mengenai hak orientasi seksual termasuk hak pengguguran selamat melalui platfrom program atas talian.

SERASI yang menamakan diri mereka satu kolektif yang berfokus kepada pendidikan seks selamat, radikal dan inklusif.

Menurut kenyataan yang dimuatkan oleh SERASI mengenai latar belakang mereka:

“SERASI ditubuhkan oleh 4 orang Sabahan yang sedang kuarantin-ing di rumah masing-masing. Semua mau divaksin tapi belum ada rezeki.”

Misi SERASI adalah melahirkan tenaga pengajar belia yang mahir tentang Orientasi Seksual, Identiti Gender dan Ekspresi (SOGIE) dan Pendidikan Seks Eksklusif yang bebas stigma melalui advokasi dan anjuran bengkel.

“Kami ni sibuk mau buat bengkel pasal Pendidikan Seks Selamat, Radikal dan Inklusif untuk belia walaupun dalam pandemik.”

Sebuah bengkel sedang diadakan oleh kumpulan ini bertarikh 2 Jun sehingga 12 Jun ini.

Antara topik yang disentuh di dalam bengkel ini adalah Orientasi Seksual, Identiti Gender dan Ekspresi, Seks Selamat Mesra SOGIE, Hak Pengguguran Selamat dan Penghasilan Zine.

SERASI menggalakkan peserta sekolah menengah berusia 15 hingga 18 tahun menyertai bengkel ini.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button