Saudi Benar Zionis Israel Hadir Sidang Kemuncak UNESCO Di Riyadh
RIYADH, 23 Julai 2023 – Arab Saudi telah membenarkan akses kepada semua negara anggota termasuk negara haram Israel untuk hadir ke sidang kemuncak UNESCO di Riyadh September ini.
Laporan antarabangsa menyebut, negara Islam itu menandatangani perjanjian tuan rumah dengan UNESCO meskipun kehadiran rejim haram aparteid Israel merupakan halangan utama termeterainya perjanjian.
Media turut menyatakan, sekiranya rancangan ini diteruskan, ia akan menjadi kali pertama mana-mana pegawai Israel memasuki Arab Saudi.
BACA JUGA: Polis Siasat Kereta Siti Kasim Dipasang Bom
BACA JUGA: Bekas Balang Akuarium: Penggunaan Bekas Bukan Tujuan Makanan Adalah Dilarang – KKM
BACA JUGA: Lapor Segera Maklumat Berkaitan Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ – Menteri Agama
Walau bagaimanapun, Israel dipercayai masih bimbang sekiranya Saudi mencari jalan untuk menghalang delegasi Israel hadir ke persidangan tersebut.
Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi tidak memberikan visa kepada wakil Israel yang menghadiri konvensyen Pertubuhan Pelancongan Dunia di Riyadh pada Mac.
Arab Saudi juga dikatakan telah memalukan diplomatik di Paris selepas menghalang dua diplomat Israel memasuki acara yang dihadiri Putera Mahkota Saudi Mohammad bin Salman (MBS).