Antarabangsa

Markah Kedua Tertinggi: Pelajar Bertudung Cemerlang Di Negeri Haramkan Tudung

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 21 Jun 2022 – Ilham, seorang pelajar Muslimah bertudung telah berjaya menduduki tempat kedua tertinggi dalam Peperiksaan Dewan Ke-12 di Karnataka, India baru-baru ini.

Pelajar Sekolah St Aloysius itu berjaya memperoleh 597 markah daripada 600 dalam aliran Sains dan merangkul kedudukan kedua dalam Peperiksaan Pra-Universiti (PU) di negara tersebut.

Lapor Mangalorean, sebuah agensi media tempatan, Ilham sangat teruja apabila menerima berita tersebut sekaligus berasa puas hati apabila usaha dan kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil.

“Saya tidak percaya apabila saudara-mara saya hubungi saya dan mengatakan bahawa saya telah mendapat tempat kedua dalam peperiksaan PU Sains di negara ini. Saya sangat teruja apabila mendapat markah 597 daripada 600,” ujarnya.

Pencapaian membanggakan itu turut mendapat reaksi positif ramai pihak. Antaranya ialah ciapan yang ditulis Profesor Madya Undang-Undang di Sekolah Undang-Undang Universiti Detroit Mercy dan Fakulti Gabungan Kanan di Projek Penyelidikan & Dokumentasi Islamofobia Universiti California-Berkeley, Khaled Beydoun.

“Ilham, seorang pelajar Muslimah bertudung, memperoleh markah ujian Sains kedua tertinggi di Karnataka – negeri di India di mana hijab diharamkan. Kecemerlangan mengatasi Islamofobia.”

Selain itu, dalam sebuah rakaman yang dimuatnaik Maktoob Media, Ilham mengatakan, “Hijab bukanlah penghalang bagi saya dan pelajaran saya.”

 

Samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa kumpulan Hindu mahu meluaskan pengharaman tudung ke seluruh negara India, bukan hanya terhenti di Karnataka sahaja.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: