Tempatan

SUHAKAM Tidak Harus Menjadi Duri Dalam Daging – Haji Razali (MAMPIR)

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CYBERJAYA, 13 Disember 2021 – “Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berada di posisi serta fungsi yang amat signifikan ini tidak seharusnya menjadi duri dalam daging yang boleh mencelarukan jiwa, minda serta kerukunan warga watan Malaysia,” ujar Wakil Sekretariat Muwasolah Agamawan dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR), Haji Razali bin Daud.

Menurutnya, setiap manusia lahir dengan fitrah spiritual iaitu kesedaran bertuhan dan fitrah emosi, mental serta fizikal yang sesuai dengan hubungan sesama makhluk serta alam.

“Hak Asasi Manusia mesti ditakrifkan menepati maksud penciptaan insan dan seluruh makhluk.”

“Asas ini diterima oleh semua agama walaupun terdapat perbezaan dalam kepercayaan dan praktisnya,” kata beliau.

Tambah Haji Razali lagi, “Islam menjelaskan secara lebih terperinci fungsi dan aturan insan sebagai ciptaan Tuhan yang paling istimewa.”

Justeru, nilai Syariah wajar menjadi pedoman dalam menjaga dan memartabatkan hak seluruh insan bani Adam yang pernah disujud oleh malaikat.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Haji Razali berkata, Malaysia diakui oleh dunia Islam yang merangkumi 1.9 billion atau 24.1% penduduk dunia sebagai model urus tadbir Syariah yang terbaik.

“Kedudukan ini menjadi satu potensi bagi meletakkan negara kita sebagai peneraju untuk tampil menzahirkan nilai kemanusiaan yang hakiki dalam diversiti agama dan kaum.”

Maka, “Atas kesedaran ini, MAMPIR turut terpanggil menegaskan agar SUHAKAM wajar dimurnikan daripada ideologi, doktrin atau agenda yang bercanggah dengan Syariah, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan adat budaya watan Malaysia,” ujar beliau mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: