Antarabangsa

Hak Asasi Manusia: Putera Saudi Hentam Biden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 19 Julai 2022 – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud (MBS) menghentam Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden atas rekod buruk negara itu terhadap isu hak asasi manusia, dedah pegawai kanan Arab Saudi.

Dalam pertemuan antara MBS dan Biden baru-baru ini, putera itu cuba memperkecilkan kepentingan isu pembunuhan kejam wartawan Arab Saudi, Jamal Kashoggi di Turki yang dikaitkan dengannya, sekali gus membalas balik dengan mengecam tindakan yang dibuat Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan.

“Pada tahun yang sama, insiden yang sama dikesali berlaku dan beberapa wartawan lain terbunuh di kawasan lain seluruh dunia. Amerika Syarikat juga melakukan kesilapan seperti insiden penjara Abu Ghraib di Baghdad, Iraq dan lain-lain,” ujar putera mahkota itu.

Lapor RT News, katanya, semua negara seluruh dunia termasuk AS dan Arab Saudi mempunyai nilai-nilai yang dipersetujui dan yang tidak dipersetujui. Mengenakan nilai-nilai tersebut kepada orang lain bukanlah idea yang baik, tambahnya, merujuk kepada kesilapan yang dibuat Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Pembunuhan Jamal Kashoggi pada tahun 2018, yang didakwa Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) diperintahkan sendiri oleh MBS, meninggalkan kesan besar terhadap hubungan AS-Arab Saudi.

Ia juga merupakan perkara utama yang dititikberatkan oleh Biden semasa kempennya sebagai Presiden, apabila dia berjanji untuk menjadikan Arab Saudi sebagai ‘paria’ di peringkat antarabangsa.

Biden turut menegaskan bahawa dia tidak menyesal menyasarkan MBS dan membangkitkan isu pembunuhan wartawan dalam pertemuan tersebut. Ia juga bagi menunjukkan pendiriannya yang jelas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: