Antarabangsa

Ahli Senat US Tolak Senarai Hitamkan NGO Palestin Oleh Israel

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 20 Julai 2022 – Sekumpulan Penggubal Undang-Undang Amerika Syarikat (US) secara terbuka menggesa pentadbiran Biden untuk menolak keputusan terbaru Israel dari menyenaraihitamkan enam pertubuhan hak asasi manusia Palestin sebagai kumpulan “pengganas”, lapor Al-Jazeera.

Selepas ketiadaan bukti yang menyokong dakwaan Israel terhadap pertubuhan NGO Palestin itu, seramai 21 orang ahli kongres, yang kesemuanya dari pihak Demokrat mengecam tindakan tersebut melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Negara US, Antony Blinken dan Pengarah Perisikan Negara, Avril Haines pada Isnin lalu.

“Kerajaan US mestilah selalu dan secara konsisten menyuarakan usaha semua negara yang cuba melemahkan masyarakat sivil dan kerja yang diperlukan oleh organisasi kemanusiaan. Undang-undang memerangi keganasan tidak seharusnya diaplikasikan terhadap hak asasi manusia dan aktiviti kemanusiaan yang sah,” ujar kenyataan yang ditulis oleh Ahli Kongres Progresif, Ayanna Pressley.

“Tambahan pula, taktik penindasan seperti menjenayahkan organisasi mestilah tidak digunakan untuk menindas atau menafikan hak kebebasan berpersatuan, atau menghapuskan perbezaan pendapat politik, atau mengehadkan aktiviti masyarakat sivil yang aman.”

Pada 2021, Isreal menyenaraihitamkan enam pertubuhan hak asasi manusia dan masyarakat sivil Palestin yang terkemuka dengan mendakwa mereka mempunyai kaitan dengan parti pecahan politik Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP).

Arahan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Israel itu mengharamkan pertubuhan Al-Haq, Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa-Palestin, Pusat Kajian dan Pembangunan Bisan, Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin, Kesatuan Jawatankuasa Kerja Pertanian dan Addameer.

“Kumpulan-kumpulan ini bekerja secara langsung dengan wanita dan gadis Palestin, kanak-kanak, keluarga berpendapatan rendah, banduan, dan aktivis masyarakat sivil, menyediakan perkhidmatan secara langsung dan memantau penderaan hak asasi manusia oleh pihak berkuasa Israel dan Palestin,” ujar penggubal undang-undang US.

Leave a Reply

Back to top button