Tempatan

Abangnya Kejam Pada LTTE, P Ramasamy Desak Singapura Halau Mantan Presiden Sri Lanka

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2022 – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Profesor Dr P. Ramasamy diberitakan telah menyampaikan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia hari ini bagi mendesak Kerajaan Singapura mengusir bekas Presiden Sri Lanka, Gothabaya Rajapakse dari Singapura berkuatkuasa serta merta.

Turut sama menyertai beliau menyerahkan memorandum di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia itu, Yang Berhormat Satees Muniandy, ADUN Bagan Dalam dan David Marshel, Ahli Majlis DAP Seberang Perai.

Sebuah hantaran yang dikeluarkan di laman Facebook “Prof. Dr.Ramasamy” menyebut:

“Mengapa Singapura perlu mengusir penjenayah perang, Gotabaya Rajapakse”

“Gotabaya Rajapakse tergolong dalam keluarga politik yang berkuasa di Sri Lanka. Abangnya, Mahinda adalah bekas presiden negara tersebut.”

“Pada 2019, Gotabaya menjadi presiden Sri Lanka sebelum penyingkirannya baru-baru ini.”

“Semasa Mahinda menjadi presiden Sri Lanka, Gotabaya kembali dari Amerika Syarikat untuk menjadi Setiausaha Pertahanan di Sri Lanka.”

“Pelaksanaan perang saudara terhadap Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah paling kejam di bawah Presiden Mahinda.”

Kenyataan itu juga meluahkan kekesalan kerana penganiyaan tersebut langsung tidak mendapat pengadilan di peringkat antarabangsa.

“Mesyuarat demi mesyuarat di peringkat antarabangsa tidak menghasilkan sesuatu yang konkrit untuk mendakwa kerajaan Sri Lanka bertanggungjawab terhadap jenayah perang.”

Ekoran itu, pihak mereka mengambil tindakan untuk menggesa “kerajaan Singapura supaya mengambil keputusan untuk mengusirnya dari negara ini tanpa berlengah-lengah.”

Menurutnya lagi, “Setiap detik Gotabaya tinggal di Singapura adalah satu penghinaan terhadap penghormatan dan maruah kemanusiaan.”

Leave a Reply

Back to top button