Tempatan

Suspek Utama Pembunuhan Bersiri 4 Muslim Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW MEXICO, 10 Ogos 2022 – Suspek utama kes pembunuhan bersiri empat orang lelaki Islam di New Mexico yang berlaku sejak November lalu telah berjaya ditahan Polis Albuquerque, New Mexico semalam, lapor media tempatan.

Hasil maklumat siasatan mendapati, suspek utama yang merujuk kepada seorang lelaki Afghanistan fahaman Sunni berusia 51 tahun, Muhammad Syed dikatakan melakukan jenayah tersebut kerana berang akan anak perempuannya yang berkahwin dengan lelaki berfahaman Syiah.

Walau bagaimanapun, polis dalam sidang media semalam berkata motif pembunuhan masih lagi disiasat.

“Kami telah mengesan kenderaan yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki Islam di Albuquerque baru-baru ini,” ujar pihak polis yang turut melaksanakan tugas dengan mengedarkan gambar kenderaan yang dipercayai digunakan semasa pembunuhan.

“Pemandunya sudah ditahan dan dia adalah suspek utama kes pembunuhan tersebut,” kata Ketua Polis Albuquerque Harold Medina di Twitter.

Kenyataan sama melaporkan, sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu ditemui di rumahnya semasa digeledah polis.

Dalam pada itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan kes bunuh empat orang lelaki Islam Selatan Asia kerana ketegangan di Albuquerque semakin meningkat selepas lelaki keempat ditemui maut ditembak berhampiran sebuah bangunan pusat khidmat bantuan di bandar itu.

Sebelum ini, Samudera.my melaporkan rasa kesal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengenai insiden pembunuhan empat lelaki beragama Islam di Alburquerque, New Mexico.

Menerusi ciapannya di laman Twitter, Biden mengatakan, “Saya marah dan sedih dengan pembunuhan ngeri empat lelaki Islam di Alburquerque. Sementara kita menunggu siasatan penuh, doa saya bersama keluarga mangsa.”

Biden turut menegaskan bahawa pentadbirannya berdiri teguh bersama masyarakat Muslim dan serangan kebencian tidak seharusnya wujud di negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: