Israel Bukan Musuh Kami, Ia Sekutu Berpotensi Arab Saudi – Putera Mahkota
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIYADH, 04 Mac 2022 – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menegaskan bahawa Israel adalah bakal sekutu berpotensi bagi negara penjaga dua tanah paling suci umat Islam itu, menurut sebuah wawancara yang diterbitkan baru-baru ini.
“Kami tidak memandang Israel sebagai musuh, kami memandang mereka (Israel) sebagai satu sekutu yang berpotensi dengan banyak kepentingan yang dapat kami lakukan secara bersama. Tetapi, kita harus menyelesaikan beberapa masalah sebelum kita dapat bersama.”
Beliau membuat penegasan sedemikian dalam sebuah wawancara khusus bersama majalah The Atlantik berdasarkan transkrip yang dikeluarkan oleh Saudi Press Agency.
Beliau juga berharap agar konflik Palestin dengan Israel dapat diselesaikan.
Sebelum ni, beberapa negara Arab seperti Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan lain-lain telah memulakan langkah normalisasi hubungan dengan rejim Zinost Israel termasuklah dengan Mesir dan Jordan.
Tindakan negara-negara Islam menandatangani perjanjian tersebut dengan Amerika Syarikat sebagai orang tengah itu telah sehingga melukakan hati penduduk Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.
Tambahan lagi, baru-baru ini telah tular kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun ditembak tepat ke mukanya oleh polis Israel menggunakan bom pegun semasa sambutan hari Israk Mikraj.