Antarabangsa

UAE Dedah Projek Kerjasama Sekuriti Makanan Bersama Israel, India & US

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ABU DHABI, 18 Julai 2022 – Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan akan menyertai usahasama bersama kerajaan Israel, India dan Amerika Syarikat dalam kerjasama sekuriti makanan.

Presiden UAE Mohamed bin Zayed, Perdana Menteri Israel Yair Lapid, Presiden AS Joe Biden dan Perdana Menteri India Narendra Modi bersama menegaskan akan kepentingan kerjasama mereka untuk mengatasi cabaran-cabaran yang bersifat global.

“Kita perlu berfikir dalam kerangka baru mengenai tenaga, sekuriti makanan, teknologi air, pertahanan dan perdagangan,” tegas Perdana Menteri Israel. “Dalam abad ke-21, segala cabaran yang dihadapi adalah bersifat tempatan tetapi jalan penyelesaiannya adalah bersifat global.”

Perjanjian kerjasama ini memerlukan UAE untuk mengeluarkan belanja sebanyak RM8,900 juta bagi membangunkan ladang-ladang makanan di serata India yang akan diuruskan dengan teknologi bersifat hijau bagi mengurangkan pembaziran makanan, memelihara bekalan air segar dan menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

India pula bertanggungjawab untuk menyediakan tanah dan para peladang manakala AS dan Israel masing-masing akan menggalakkan pakar-pakar tempatan mereka untuk berkongsi kepakaran mereka bagi menjayakan inisiatif ini.

Presiden AS Joe Biden memuji hasil mesyuarat forum I2U2 yang dianjurkan oleh negaranya itu yang menjadi pencetus kepada kerjasama ini sebagai “membuktikan akan kepentingan menunjukkan impak-impak yang praktikal” tentang integrasi Israel dengan negara-negara jiran di Timur Tengah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: