Antarabangsa

Lawatan Biden Ke Saudi Terima Kritikan Senator US

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 19 Julai 2022 – Bernie Sanders, Senator Amerika Syarikat (AS) mengkritik dan tidak bersetuju sama sekali dengan lawatan Biden ke Arab Saudi baru-baru ini berikutan penglibatan pemimpin tertinggi negara itu dalam pembunuhan seorang wartawan.

Menurut Reuters, lawatan itu bukan sahaja memberi kelebihan kepada pemerintahan diktator, malah ia juga tidak seharusnya berlaku berikutan isu pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Kashoggi yang diarah sendiri oleh Putera Mahkotanya, Mohammed bin Salman Al Saud (MBS) pada tahun 2018.

Kata Sanders, “Kamu mempunyai pemimpin negara yang terlibat dalam pembunuhan kolumnis Washington Post. Saya tidak rasa kerajaan sebegitu, layak menerima lawatan presiden Amerika Syarikat.”

“Tengok, kamu mempunyai keluarga yang bernilai $100 bilion, yang mempersoalkan demokrasi, yang menganggap wanita sebagai golongan kelas ketiga, yang membunuh serta memenjara musuhnya,” tegas Sanders mengenai keluarga diraja Arab Saudi.

Tambahnya lagi, “Jika negara ini percaya kepada sesuatu, kami percaya pada hak asasi manusia, kami percaya pada demokrasi, dan saya tidak percaya bahawa kita harus mengekalkan hubungan mesra dengan pemerintahan diktator seperti itu.”

Lebih mengejutkan, Biden menyambut putera mahkota itu dengan ‘fist bump’ sebaik sahaja tiba di Istana Al-Salam, Jeddah baru-baru ini. Presiden AS itu juga meminta MBS bertanggungjawab ke atas pembunuhan Kashoggi namun MBS tetap menafikan penglibatannya dalam pembunuhan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: