Antarabangsa

Kanada Luluskan Vaksin COVID-19 Kepada Bayi 6 Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OTTAWA,17 Julai 2022 – Kanada meluluskan pemberian vaksin COVID-19 keluaran Moderna Inc kepada bayi seawal usia enam bulan.

“Selepas melakukan kajian saintifik yang teliti dan bebas terhadap bukti, Health Canada berjaya menentukan bahawa manfaat vaksin ini kepada kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lima tahun, adalah melebihi potensi risiko,” kata Health Canada dalam satu kenyataan.

Health Canada ketika mengumumkan perkara itu memaklumkan, ia adalah pelalian COVID-19 yang pertama diberikan kepada golongan kanak-kanak berusia bawah lima tahun di negara ini.

Sebelum ini, vaksin Spikevax keluaran Moderna hanya ditawarkan kepada kanak-kanak berumur lima tahun ke atas.

Menurut Health Canada, perkembangan terbaru menyaksikan kira-kira 1.7 juta kanak-kanak kini layak menerima pelalian dalam usaha mengekang penularan virus berkenaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan itu mengesyorkan kanak-kanak berusia bawah lima tahun disuntik satu per empat daripada kadar dos yang diluluskan kepada individu berusia 12 tahun ke atas.

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau turut menzahirkan sokongannya dan menyeru rakyat Kanada untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Vaksin adalah selamat serta berkesan, dan ia kekal sebagai benteng terbaik bagi melindungi daripada jatuh sakit teruk serta kemasukan ke hospital. Oleh itu, tolong dapatkan suntikan vaksin untuk diri serta anak-anak anda.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: