Tempatan

Jangka Gelombang Baharu COVID-19 Melanda, Farmasi Tambah Stok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KOTA KINABALU, 04 Januari 2023 – Portal tempatan mendedahkan, farmasi di Sabah berlumba-lumba mengisi semula bekalan ubat-ubatan penting mereka di tengah-tengah kebimbangan bahawa satu lagi gelombang COVID-19 mungkin melanda negara.

Ini selepas Malaysia dilaporkan akan menerima kemasukan pelancong China ke negara ini di saat gelombang jangkitan COVID-19 sedang meningkat di China.

BACA JUGA: Sejuta Pelancong China Menjelang 2023 – MITA

BACA JUGA: Bawa Masuk Pelancong China, KKM Mahu Rakyat Ambil Dos Penggalak

BACA JUGA: COVID-19: Malaysia Perlu Berhati-Hati Menerima Pelancong Dari China

“(Bekalan) pelitup muka dan pensanitasi tangan kami cukup untuk sepanjang tahun ini kalau-kalau (pemakaiannya) diwajibkan semula.”

“Tetapi bukan itu yang kami khuatiri sekarang. Kebimbangan utama kami sepanjang enam bulan lepas adalah kekurangan ubat-ubatan penting ini termasuk parasetamol, sirap pelega batuk dan ubat selesema dan asma, yang lazimnya digunakan untuk meringankan gejala COVID-19,” kata ahli farmasi Jordan Kah daripada Jatson Personal Care Store and Pharmacy.

Kata Kah, pembekal biasanya hanya akan memenuhi antara 30% dan 40% daripada pesanannya.

“Sebagai contoh, pembekal kami baru-baru ini hanya boleh membekalkan 10 kotak parasetamol, walaupun saya pesan 100 (kotak), kerana bekalan mereka tidak cukup.”

Kebimbangan sama turut dikongsikan oleh Mohammad Fadzil daripada Farmasi LifeCare.

Fadzil menyatakan bahawa beliau memesan 50 kotak ubat asma tetapi hanya menerima 12 kotak.

“Itupun saya kena tunggu tiga bulan (untuk mendapatkannya),” katanya sambil menambah, kebanyakan pembekal akan mengutamakan bekalan untuk hospital.

“Lebih mudah untuk dapatkan ubat-ubatan ini di hospital swasta, tetapi perlu bersedia untuk bayar harga lebih mahal. Contohnya, salbutamol dijual dengan harga kurang RM30 di farmasi, tetapi hospital swasta mungkin menjualnya sehingga RM60.”

Tambahnya, sebelum ini, parasetamol mudah didapati di kedai runcit, namun kedai-kedai ini sekarang tidak mempunyai banyak stok.

“Buat masa ini, kami masih boleh bertahan.”

“Tetapi jika ada lonjakan kes COVID-19, kami mungkin menghadapi masalah untuk memenuhi pesanan,” kata Fadzil.

China membenarkan rakyatnya melancong ke luar negara mulai 8 Januari ini setelah disekat selama tiga tahun meskipun jangkitan COVID-19 di negara itu melonjak naik.

Memberi perhatian serius kebimbangan rakyat dalam hal ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker