Antarabangsa

Perjuangan Melawan COVID-19 Masih Berliku, Tegas China Sempena Tahun Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 21 Januari 2023 – China telah mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan buruk disebabkan pandemik yang dihadapi mereka kini telah tamat dan mereka kini menjangkakan kesibukan orang ramai akan berlaku sejak sekian lama.

Namun pergerakan besar-besaran ini telah menjadi kebimbangan bagi orang ramai akan kenaikan kes jangkitan.

BACA JUGA: Eksport Minyak Sawit: Malaysia Perlu Tangani Sekatan & Kempen Negatif Eropah

BACA JUGA: Harga Hasil Laut Mahal, Ramai Datang Tanya Tak Jadi Beli

BACA JUGA: Kontroversi Treler “Pulau”: Masyarakat Perlu Penapisan Kendiri – Pensyarah

Timbalan Presiden China, Sun Chunlan, yang telah membuat pemerhatian dan pengawasan mengenai tindak balas virus tersebut telah menyatakan bahawa, kadar jangkitan kini berada di kadar yang rendah secara relatif, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media kerajaan pada Khamis lalu.

Namun laporan media tersebut dikeluarkan setelah para pegawai kesihatan menyatakan bahawa jumlah pesakit COVID di klinik-klinik, bilik-bilik kecemasan dan pesakit berkeadaan kritikal telah meningkat.

Beijing telah melepaskan kawalan ketat COVID beserta pemeriksaan besar-besaran pada bulan lalu setelah berlakunya protes dalam kalangan rakyatnya mengenai polisi anti-COVID.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan pada minggu ini bahawa beliau bimbang akan jumlah kemasukan pelancong ke kawasan-kawasan pedalaman yang mempunyai sistem perubatan yang tidak memadai.

Beliau turut menyatakan bahawa perlindungan terhadap orang-orang tua yang mana ramai daripada mereka tidak divaksin adalah keutamaan utama mereka.

China telah melaporkan lonjakan tinggi mengenai kadar kemasukan ke hospital disebabkan COVID dalam minggu ini, yang mana ianya adalah yang tertinggi sejak pandemik itu bermula, sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: