Antarabangsa

Tular Lelaki Lambung Bayi Dalam Masjid, Netizen Tanya Ajaran Mana

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 30 Ogos 2022 – Tular di media sosial, perkongsian video dari seorang pengguna Facebook, memaparkan seorang lelaki melambung-lambung seorang bayi dipercayai berusia bawah 5 bulan sambil diperhatikan oleh jemaah lain di dalam sebuah masjid.

Menerusi video tersebut, lelaki yang melambung bayi tersebut mengungkapkan kata-kata seperti doa agar bayi tersebut dapat menjadi wali apabila dewasa kelak sambil diaminkan oleh jemaah lain.

“Baru tau saya. Ritual lempar bayi di masjid (biar jadi wali). *Wali murid, wali band, dan lain-lain,” kata Faris Bin Hassan Gadneh, dari Singaraja, Indonesia, dalam Facebooknya.

Tindakan lelaki di dalam video tersebut mendapat kecaman dari pengguna media sosial lain di mana rata-ratanya mempersoalkan dari ajaran mana yang membuatkan lelaki tersebut boleh bertindak sedemikian.

“Apa pulak ni…? Ajaran Mana pulak? Kena sawan terkejut tak memasal baby tu nanti…” kata Azura Awang dengan kesal.

“Betapa toghut nya perbuatan sebegini apa kata bayi itu terlepas dari tangan pasti buruk padah. WaliBang toghut ilmu dari mana. Buat laporan polis segera membahayakan,” kata Tengku Sahrudin Kuden pula.

“Memang ulama’ dan wali-wali Allah sewaktu mereka bayi, dilambung-lambung dalam masjid ke? Sebab tu jadi wali dan ulama’? Allahurobbi, pelik-pelik je yang timbul akhir zaman ni…” kata Engku Nisa pula.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang risau bayi tersebut akan mengalami ‘Shaken Baby Syndrome’ yang akan mengakibatkan kecederaan serius kepada bayi kerana dilambung.

“Boleh berlaku gegaran pada otak yang mengakibatkan kecacatan atau lumpuh kepada seluruh anggota badan. Terus terkubur impian korang nak anak tu jadi wali,” kata Leez Shamiza.

Pendapat sama juga dikongsi oleh Aqim Julayhi, “Dia tak menangis pun mana boleh lambung-lambung bayi. Otak dia masih lembut. Silap hari cedera otak terus jadi sawan sepanjang hidup.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: