Tempatan

Demam, Selesema Tular Mungkin Kerana Gelombang Haba, COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – Peningkatan kes demam, batuk dan selesema dipercayai berpunca daripada gelombang haba atau jangkitan COVID-19.

Pakar Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, fenomena kepanasan yang dipanggil gelombang haba boleh menyebabkan gejala batuk dan selseema serta rengsa di tekak.

BACA JUGA: Jerantut Dipilih Sebagai Bandar Rendah Karbon Menjelang 2030

BACA JUGA: Kumpulan Gesa Kerajaan Tidak Letak Sebarang Syarat Untuk Kerakyatan Termasuk Anak Tidak Sah Taraf, Tiada Dokumen

BACA JUGA: Puluhan Peniaga Kecil Buntu, Sewa Gerai Astaka Dinaikkan 2,500 Peratus

Tidak menolak kemungkinan, penularan kes demam, batuk dan selesema juga boleh berpunca daripada jangkitan COVID-19.

“Sikap masyarakat yang memandang ringan wabak COVID-19 dan mengabaikan SOP mungkin mengakibatkan seseorang itu dijangkiti wabak tersebut tanpa disedari.”

“Sejak April 2021 kita sudah ambil ringan dan mengambil COVID-19 sebagai satu endemik. Kita sudah tidak pakai pelitup muka, kita juga sudah menganggap terpaksa hidup bersama dengan wabak COVID-19.”

“Jadi, ramai yang mungkin ada (terkena jangkitan) tapi kita tiada simptom teruk dan tidak menganggap ia satu simptom COVID-19. Kita juga tak periksa, maka kita tak tahu berapa banyak kes-kes COVID sekarang,” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, kes-kes seperti ini tidak memerlukan seseorang itu masuk wad. Namun begitu kes begini boleh bertukar menjadi lebih teruk.

Justeru, katanya, masyarakat perlu peka dengan tahap kesihatan masing-masing dan segera mendapatkan rawatan jika menunjukkan jangkitan teruk seperti influenza, demam campak disusuli batuk serta keradangan tonsil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: