Gelombang Haba Melampau Melanda AS, Eropah Dan China
WASHINGTON, 14 Julai 2023 – Musim panas yang baru bermula memburukkan lagi keadaan di Amerika Syarikat, Eropah dan China yang sedang bergelut dengan gelombang haba melampau.
Menurut laporan media antarabangsa, amaran bahaya suhu melampau telah dikeluarkan di Amerika khususnya di Arizona, California, Nevada dan Texas berikutan ramalan keadaan berbahaya dikesan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal
BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam
BACA JUGA: PRN: Terengganu Larang Kempen Di Masjid, Surau
Selain itu, keadaan yang sama turut berlaku di beberapa negara Eropah, termasuk Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Poland yang dilanda suhu ‘membakar’.
Agensi Angkasa Eropah berkata suhu kali ini berpotensi menjadi suhu paling panas pernah direkodkan di Eropah.
Beberapa wilayah di China, termasuk ibu kota Beijing, juga mengalami suhu panas dan sebuah syarikat kuasa besar China berkata penjanaan kuasa seharinya mencecah rekod tertinggi pada hari Isnin.
Haba yang berlebihan adalah salah satu peristiwa meteorologi yang paling mematikan, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Satu kajian baru-baru ini menganggarkan lebih 61,000 orang mati akibat panas semasa musim panas yang memecahkan rekod Eropah tahun lepas.
Bukan itu sahaja, pemanasan suhu lautan juga boleh membawa kesan buruk kepada hidupan akuatik dari segi kemandirian dan penghijrahan dan seterusnya mengancam industri perikanan.